Friday, February 8, 2008

PASAI JAMBATAN

Jambatan di Sungai Kilim roboh sebaik kayu sokongan dikeluarkan. Jutaan ringgit wang rakyat bertaburan ke dalam lumpur dihanyut oleh air ke laut.

Tinjauan aku konon ianya diselenggara tanpa melalui Bahagian Teknikal LADA seperti biasa. Keluarbiasaan ini ada kaitan dengan serbuan BPR tempoh hari.

Geopark bawa khabar buruk di ambang Tahun Melawat Kedah 2008, sedihnya di saat menjelang pilihanraya ke 12 Malaysia.

Lain halnya,

JAMBATAN SUNGAI KUAH

BERI BANYAK MASALAH :

Pelannya berubah-ubah. Dulu melengkung macam tulang sotong, sekarang lurus bagaikan ekor tikus (selari lambang kalendar Tahun Baru Cina)

Pertanyaan buat Dato’ Ir Nawawi Ahmad

Orang kuat dibelakang kontraktor DANA, dikatakan proksi Pemuda.

Diawal sangat sasa, pertengahan PELEOT macam umbut, menanti masa untuk cabut.

Nyanyian Mak Yong laut :

HEBAH HEBOH PERKARA JAMBATAN

KULUB TERINGAT PERIHAL TEMPATAN

bakar, nawi dan hasan

TIDAK DAPAT DUDUK SEMEJA

ANAK BUAH SASAU CEMPERA

bakaTAIK….bakaTAIK….bakaTAIK


DENGAR DATO’ MUKHRIZ MASUK LANGKAWI

BAGAIKAN GARUDA SERANG NEGERI

GADUH GADAH SANA DAN SINI

DATO’ DATIN MASUK KAMPUNG

BENGKAK MEDAK DAGING PUNGGUNG

bakaTAIK….bakaTAIK….bakaTAIK

APA DAH JADI WAHAI MENTERI

MELAYU KAMPUNG TANAM UBI

APEK TUA BELA BABI, RUGI-RUGI

GENDANG BERBUNYI TAHPONG TAMPONG

GONG GONG


BUJANG KULUB

15 comments:

Anonymous said...

Mukhriz patut team dengan Rawi
Bawa nafas baru ke Langkawi
Tuk Bakaq dan Nawawi
Elok la minta kerja lain dari Pak Lah Badawi...

Anonymous said...

Setujuuuuuuu!

Anonymous said...

macam mana rawi boleh team up dengan mukriz?Rawi tibai tun M tungging langgang tahun lepas,satu Malaysia tahu.Takkan mukriz tak terguris hati?Bodo punya vision mu anonymousssss

Anonymous said...

Salah ka aku nak tengok depa berbaik-baik pulau_tuba oi? Aku rasa Mukhriz tak la bodo...Rawi tibai Tun atas dasar isu, bukan peribadi. UMNO, kalau nak rosak pun pasai ada orang macam hang la... politik main dendam kesumat.

Anonymous said...

dalam politik ada hari kawan dan ada hari jadi lawan.bagi depa matlamat penentu segalanya.contoh terbaik bagaimana yg berlaku pada dua tokoh hebat dato' musa dengan tuanku razaliegh.Mula musuh kerana nak ambil timbalan presiden UMNO,lepas tu kawan kerana nak pejatuh tun sebagai presiden.Aku rasa Rawi pun tak sebodoh yg disangka,kerana kalau mukriz mai,masa depan dia terus gelap untuk naik jadi s/u parlimen ka,timbalan mneteri ka,menteri ka,kerana kehadiran mukriz ke langkawi menutup pintu rawi selama 15 hingga 20 tahun.waktu tu dia pun kena pencen macam dato bakar,kerana umur dia pun dah 43,tambah lagi 20 dah jadi 63.Dato bakar la ni umur 64.Waktu tu orang muda lain la pulak mai jadi ahli parlimen.Ooohhh rawi,memang anak Langkawi teraniaya.....

Anonymous said...

Bagi la Rawi DUN Ayaq Hangat. Mukhriz Parlimen. Cun la tiga orang muda, Mukhriz, Nawawi & Rawi jadi wakil rakyat. Nanti dua penggal bagi Rawi pula jadi EXCO, kalau nasib baik mana tau jadi MB pertama dari Langkawi. Dalam politik ni, jenis dendam dendam, musuh-musuh semua tunggang langgang. Yang menang jenis cool. Tengok Pak Lah, dia pernah dalam team B, tapi selepas team B kalah, dia tak gila meroyan, dia cool. Akhirnya dia dapat jadi Presiden UMNO/PM. Puak yang gila sangat hendakkan kerusi tu putih biji mata sampai sekarang...

Anonymous said...

kalau depa 3 orang tu,orang akan kata semua wakil rakyat orang muda.orang lama tak dak semangat nak bagi sokongan.jangan lupa Dato Hassan.Dia baru saja lagi.Bagi la chance kat dia sekali lagi.

Anonymous said...

Biaq pi la, nanti lama-lama depa bertiga pun tua, lepas tu kita suruh depa gostan, bagi chance kat tiga orang muda lain pula.
Memang la Haji Hassan baru lagi, dia pun baguih. Tapi sekurang-kurangnya dia dah merasa. Bagi la orang lain pulak.

Anonymous said...

apa la hang pa ni.. dok berkelahi .. bawa berbincang tak leh ka...

Unknown said...

Mukriz (Parlimen) - setuju
Rawi (Ayer Hangat) - setuju
Nawawi (Kuah) - sangat tak setuju

Rekod dia ni bukannya baik sangat la ni..Kalau letak dia, gerenti org Lgk tak pangkah punya..baik tukaq org lain..

Anonymous said...

hahaha...hang tak tau lagi ka perangai orang UMNO. Depa mana boleh bincang-bincang. Semua mabuk kuasa.
Undilah BA.

Anonymous said...

syooohhhh....syooohhhh....orang BA (batu api) pi main jauh-jauh.

poseng said...

kalau langkawi dah tak dak anak tempatan.aku pun buleh jadi calon.pasai apa dok ketaq pipi ajak orang luaq.anak anak langkawi pun hebat.jangan ikot perangai ex adun langkawi..tak kemana kita..

Anonymous said...

Salam buat semua pembaca Teropong Langkawi...

Masing-masing bercakap tentang calon pilihan idaman demi kepentingan peribadi dengan pelbagai perkara baik & buruk dibincangkan.

Malangnya, saya hairan kenapa anda semua tidak lagi membincangkan isu penduduk Langkawi yang terpinggir? Isu keistimewaan Masyarakat Islam Kedah (MIK) atau lebih dikenali dengan nama orang Burma?

Kita lihat betapa istimewanya mereka mendapat layanan dari KERAjaan yg anda sendiri pilih berbanding dengan penduduk asal Langkawi. Taman Nilam telah diberikan kepada mereka. Sek. Keb. Bayas dah jadi Sek. Keb. Burma.

Apa jadi kalau penduduk asal Langkawi ditimpa musibah? Apakah perhatian diberikan oleh mereka yang anda pilih?

Tidak kiralah siapa yang menjadi calon, siapa yang akan menang (baik parti Barang Naik atau pembangkang), kalau isu anak Langkawi menjadi anak tiri, jelaslah kepada kita, politik hanya untuk memperkayakan diri mereka sahaja....

Politic is not dirty but the politicians that make it dirty.

Jauhi sindrom Lupa Kemarau 5 Tahun Kerana Hujan Sehari kerana selepas ini anda semua akan menjadi tetamu istimewa di rumah para calon yg dulunya cukup sukar untuk ditemui...

Anonymous said...

saudara diatas...

saya amat setuju dgn saranan saudara.. sebenarnya.. kebanyakan penulis blog disini byk memilih pimpinan berdasarkan
1) pengaruh
2) duit
3) projek kot.
tidak diingat langsung apa faedah kepada penduduk langkawi..
lupakah kalian jasa2 pimpinan yg ada..
* bagaimana dato' bakar masih menyokong TUn dikala Tun dicemuh pimpinan UMNo seluruh malaysia..?
* bagaimana pulau tuba & pulau langkawi amnya mendapat bekalan air bersih hasil inisiatif dato'.
* bagaimana dato sentiasa hadir & mendengar dikala kematian, kesusahan, keluhan penduduk langkawi. (bukannya menabor janji kosong seperti sesetengah pemimpin).

saya rasa perlunya ada balance antara pimpinan muda & lama.. supaya ada kesinambungan dalam pimpinan..

wallah waqlam

anak langkawi