Sunday, March 2, 2008

SENDAL...

ANAK TEMPATAN MENIPU ORANG TEMPATAN



BILA MAT SAIFUL MUSTAFA (MAT PON) KATA (ORANG LANGKAWI TOLAK DATUK MUKHRIZ), beliau bertindak biadap semata kerana tuannya YB Datuk Paduka Abu Bakar bin Taib.

Sebagai Setiausaha UMNO Bahagian, sebagai kontraktor kroni wakil rakyat Parlimen Langkawi, dia tidak segan silu BERBOHONG bagi menyelamat periuk nasinya. Orang ramai tahu dan ALLAH adalah saksi bahawa darah yang mengalir dalam tubuhnya serta gumpalan daging yang melekat pada badannya, kebanyakkannya terbina dari rezeki anak isteri kontraktor kelas F. Datuk Bakar ada saham besar dalam kerja rompakan ini.

Mengenai ASAL

Datuk Paduka Abu Bakar Taib sendiri membina kekuatan politik dengan mengguna wang rakyat dari peruntukan dana modal Amanah Saham Anak Langkawi (ASAL) yang diselewengkan. Ini amat jijik lagi memalukan.

Kenyataan dikeluarkan oleh PKR menunjukkan kerugian terkumpul ASAL sehingga pada 31.12.2006 sebanyak RM 4,691,788.00 dan tanggungan semasa sebanyak RM 12,985,545.00, bukan modal politik tetapi kenyataan juru audit bertauliah yang perlu dipertanggungjawab dibahu Datuk Paduka Abu Bakar Taib.

Sehubungan Encik Sirat Sidek sebagai Pengurus Besar ASAL tidak mudah mencuci tangan tetapi tetap dianggap bersetongkol.

Demi mengelak rakyat terus diburu keresahan atau terus menerus dalam kerugian, perkara ini perlu segera diperjelas.

Seorang pekerja PKR telah menghubungi Encik Yahya Hashim bekas Pengurus Besar ASAL yang sekarang berada di Beijing, China. Beliau mengakui ada campur tangan politik dalam ASAL, keadaan ini menjadi penyebab dianya meletak jawatan kembali ke dunia korporat. Perkara ini dikuatkan dari maklumat diperolehi oleh seseorang dari Tan Sri Bashir Ismail di saat akhir hayatnya melahir dukacita kerana ASAL yang diterajuinya sukar diperkembang bilamana Datuk Paduka Abu Bakar Taib sering menggangu dan memperlihat kecendorongan mengguna ASAL untuk faedah diri khusus politiknya.

Datuk Paduka Abu Bakar Taib, Encik Sirat Sidek, Encik Zainol Saidin, Encik Ibrahim TOT, Encik Saiful Mustafa (MAT PON) adalah jaguh-jaguh anak tempatan. Mereka merencana isu tempatan semata untuk menolak kehadiran Datuk Mukhriz Mahathir ke Parlimen Langkawi. Mereka seperti menjadikan TANAH SEKEPAL TAIK MUSANG ini seperti harta warisan atau dalam bahasa mudahnya HARTA PUSAKA MAK BAPAK DEPA.

Kata Encik Sirat Sidek, (sampai bila kita hendak harap kepada orang luar) melalui mesyuarat terakhir Jawatankuasa Bahagian pada 12hb Feb 2008 telah mencalar hati banyak pihak golongan penjawat awam di Langkawi. Semangat khidmat mereka tiba-tiba jadi tumpul, kesannya memberi kerugian kepada negara.

Isu orang dalam dan orang luar ternyata mereka sendiri sangat jahil mengenai politik UMNO. Bagi UMNO tidak ada masaalah dari mana dan apakah warna kulit kalangan Melayu yang menawarkan diri jadi pemimpin untuk berkhidmat kepada rakyat.

Majoriti orang Langkawi terutama kalangan remaja, terpelajar, yang bergantung hidup kepada aktiviti pelancongan sangat bersetuju dengan kemasukkan anak mantan PM yang dikira dapat menerus agenda pembangunan Langkawi daripada seorang anak tempatan yang bisu dan di Parlimen sekadar memanas kerusi dan menunggu masa untuk bertepuk tangan sahaja.

Erti apakah anak tempatan kalau ianya jadi duri dalam daging lebih-lebih menjadi SERIGALA BERTOPENG RUSA yang hidupnya membaham rakan sebelantara, tidak mengenal darah daging keluarga sekampung dan sebangsa.

BUJANG KULUB.

BAKAR TAIB BELUM TENTU BERSIH



RAKYAT MENUNTUT

ASAL

AMANAH SAHAM ANAK LANGKAWI

Kira-kira 16 tahun dulu, Pulau Langkawi digahkan dengan berita penubuhan Amanah Saham Anak Langkawi Berhad atau ringkasnya ASAL.

ASAL pada dasarnya bermatlamat membantu orang-orang Langkawi atau hadiah daripada Perdana Menteri ketika itu (YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad) dengan bekalan dana modal oleh kerajaan lebih daripada RM10 juta.

ASAL kebelakangan lebih terarah menjadi syarikat persendirian dan bukannya syarikat pelabur pemegang amanah kerajaan/rakyat. Ada tanda-tanda berlakunya penyalahgunaan kuasa.

Ahli Lembaga Pengarah ASAL (ketika penubuhannya):

Pengerusi :

YBhg Tan Sri Bashir bin Ismail

Ahli Korporat

Pengurus :

Encik Yahya bin Hashim

Ahli Korporat

Ahli Lembaga Pengarah :

YB Datuk Paduka Abu Bakar bin Taib

Wakil Rakyat Langkawi

Tan Sri Haji Halil bin Mutalib

Pengurus Besar

Lembaga Pembangunan Langkawi(LADA)

Diawal penubuhan ASAL, orang-orang Langkawi begitu gembira dan menganggap ianya nikmat pembangunan bersempenaan pengisytiharan Langkawi Free Duty.

Masing-masing mengharapkan faedah termasuk dividen setiap tahun.

MATLAMAT

ASAL pada dasarnya bermatlamat membantu orang-orang Langkawi. Soalnya sampai sekarang orang-orang Pulau Langkawi dinafi hak dan habuannya.

Oleh kerana wang ASAL sumbangan kerajaan yang juga wang rakyat, sebagai rakyat kami terpanggil menuntut penjelasan daripada pihak berkaitan.

KERAGUAN

Dari sumber boleh dipercayai, kami diberitahu YB Datuk Paduka Abu Bakar bin Taib di awal lagi dalam kedudukan hanya sebagai Ahli Lembaga Pengarah telah jauh menjangkau mencampuri pengurusan dalaman ASAL sehingga kepada cuba monopoli semua aktiviti ASAL bagi kepentingan peribadi dan politiknya.

Keadaan ini telah menimbul rasa tidak senang pihak pengurusan, Pengarah dan Pengerusi ASAL.

YBhg Tan Sri Bashir Ismail (Pengerusi ASAL) telah pun meninggal dunia.

Kami difahamkan YB Datuk Paduka Abu Bakar bin Taib telah pun mengambil alih tanggungjawab Pengerusi ASAL dan kemungkinan juga telah mengangkat diantara kroninya menduduki Lembaga Pengarah ASAL. Apa yang dapat dilihat disini tidak menepati prosedur. Apakah cara main lantik-lantik ini selaras dengan undang-undang tubuh ASAL.

Kami sama sekali tidak nampak ASAL berdiri atas asas sah dan ada tanda-tanda berlaku penyalahgunaan kuasa/pecah amanah.

Bila kedudukan penerajuan ASAL tidak sah, ertinya perjalanan pengurusan keseluruhan adalah haram dan boleh dipersoalkan.

MINTA SIASAT

BPR satu-satunya agensi kerajaan miliki kuasa mutlak mengekang sebarang penyelewengan dan amalan rasuah dengannya bertepatan diajukan pengaduan dan minta siasat kadar segera.

Amalan tidak sihat dari perlakuan jahat kalangan pemimpin rakyat adalah parasit atau barah yang mampu memporak-poranda negara dan bangsa.

CALON BERMORAL

Ketika berhadapan PR 12, penerajuan Pusat (YAB Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi dan YAB Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak) sangat mengharapkan calon kalangan berkeperibadian bersih dan bermoral. Ini adalah kesempatan terbaik mereka dibantu dalam menegak hasrat mulia tersebut.

TIADA CERITA DAN BERITA

Tempoh berlalu terlalu panjang (16 tahun). Tiada cerita dan berita yang sampai ke telinga rakyat.

Dalam apa pun keadaan YB Datuk Paduka Abu Bakar bin Taib selaku Ahli Lembaga Pengarah ASAL, Pengerusi ASAL merangkap Wakil Rakyat Parlimen Langkawi sepatutnya tidak menyembunyikan fakta dan maklumat kepada rakyat yang juga pengundinya.

HASIL SIASAT RAMBANG

Dari hasil siasat tidak rasmi (sekadar untuk rujukan).

1) Penubuhan ASAL pada 16hb Mac 1992.

2) No Pendaftaran syarikat : 236291 – P.

3) Penyata Kewangan sehingga 31hb Disember 2006.

Consolidated Accounts Financial Year End : 31-12-2006

Fixed Assets : 708,843.00

Total Investment : 2,587,001.00

Current Asset : 7,350,205.00

Other Assets : 100,800.00

Total Assets : - 2,238,696.00

Issued Capital : 2.00

Paid Up Capital : 2.00

Share Premium & Reserved : 2,000,000.00

Unappropriated Profit : - 4,691,788.00

Long Term Deferred Liabilities : 453,090.00

Current Liabilities : 12,985,545.00

Kami menuntut mendapatkan:

1) Salinan Memorandum Artikel (secara percuma atau berbayar).

Lainnya turut menuntut agar (dipamer di tempat awam atau melalui akhbar)

2) Penyata Kewangan berakhir 2007.

3) Butiran Perbelanjaan dan Untung Rugi sepanjang 16 tahun.

4) Diperhalusi butiran tanggungan semasa.

5) Diperhalusi butiran kerugian.

6) Berapa banyak hutang oleh Dr Ghazali Abdullah (Naib Ketua UMNO Bahagian sebelum ini) dan apa-apa tindakan dibuat untuk mendapatkan balik. Jika tiada sebarang tuntutan dibuat nyatakan sebabnya.

7) Dalam tempoh begitu lama operasi (16tahun) kenapa tidak dibuka saham kepada orang Langkawi.

Kerjasama BPR dan pihak-pihak berwajib diharap demi keadilan dan menjaga nama baik kerajaan.

PENJELASAN

Kita beri masa sehingga 7hb Mac 2008 kepada Datuk Paduka Abu Bakar bin Taib untuk memberi penjelasan terbuka. Jika dalam tempoh itu beliau tidak dapat memenuhi tuntutan ini, kami beranggapan beliau boleh dipersoalkan KEBERSIHANnya oleh rakyat khusus pengundi Langkawi.

DATUK BAKAR TAIB

KAMI TUNGGU PENJELASAN SEHINGGA 7hb MAC 2008

ATAU KAMU DIANGGAP PENGKHIANAT

PENGUNDI MENOLAK CALON MENGKHIANATI RAKYAT

Repot siasat dalaman mengenai:

AMANAH SAHAM ANAK LANGKAWI BERHAD

(ASAL)

RAKYAT MENUNTUT PENJELASAN

Saturday, March 1, 2008

BABUN


Datuk Mukhriz Mahathir yang mulanya dijadual bertanding di Parlimen Langkawi tidak semena diumum berpindah ke JERLUN.

Sebelum itu ada kenyataan melalui TV oleh Mohd Saiful Mustafa (MAT PON) 85 cawangan UMNO Langkawi berpihak kepada Bakar Taib.

Sebenarnya,

MAJORITI PENGUNDI PULAU LANGKAWI MAHUPUN RAKYAT UMUM TIDAK SEKALI-KALI MENOLAK MUKHRIZ.

Kami melihat, Mukhriz anak mantan PM Tun Dr M terlalu baik untuk Pulau Langkawi. Dalam usaha mengangkat martabat Langkawi sebagai destinasi pelancongan. Beliau sangat berpengalaman mengenainya.

Mantan PM Tun Dr M banyak jasanya kepada pembangunan Pulau Langkawi,

- Bertanggungjawab menubuhkan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA)

- Menerajui UMNO dan memimpin Negara lebih 20 tahun

Yang tidak berhati perut:

Adalah Bakar Taib, isterinya berserta pengikut-pengikut seperti Ibrahim TOT, MAT PON, Sirat Sidek, Non Saidin.

Mereka diatas tidak lebih keluarga BABUN di Sahara yang menganggap dunianya pada tanah sekangkang itu. Cukup untuk seadanya, tidak perlu kepada pembangunan, makan pakai berlebihan.

Babun-babun ini rutinnya berkeluarga, bergasakkan, sekali-sekali bertokak sesama sendiri dan mati bertindihan.

ANAK TEMPATAN adalah modal lapuk yang digilap setiap menjelang sesuatu pertandingan dalam PR mahupun perwakilan-perwakilan UMNO Bahagian.


Mereka menempelak habisan orang dibelakang Mukhriz sebagai sisa kelompok Tan Sri Sanusi Junid.

Tan Sri Sanusi Junid seperti bayang-bayang hodoh, diperguna semahunya bagi menakutkan orang lain.

Sebenarnya hanya Bakar Taib dan isteri yang gila kuasa mempengaruhi pengikut sehingga ikut GILA.

Tun Dr M sinonim dengan pembangunan Langkawi. YBhg Datuk Mahdzir Khalid adalah tangan-tangan kotor dibelakang peristiwa Mukhriz tercampak ke Jerlun.

Bakar Taib, Nawawi Ahmad harus bertanggungjawab diatas kekecewaan orang Langkawi kerananya.

Apa kelebihan Bakar Taib, apa kayu pengukur sehingga membuat ianya terpilih lagi menjadi calon Parlimen Langkawi.


- Sudah menjawatnya lebih daripada 17 tahun


- Tidak membantu menambah apa-apa kemajuan kepada Langkawi.


- Cakapnya 30% sahaja yang boleh difahami

- Tua dan nampak tidak sihat

- Projek luar Bandar dibawah peruntukan WR Parlimen tidak telus dan disapu hampir sepenuhnya oleh MAT PON

PENOLAKAN MUKHRIZ oleh pemimpin UMNO gila kuasa membuat orang Langkawi hilang segala dan hormat oleh dunia.

Kebanyakan pengundi Pulau Langkawi menghormati Tun Dr M kerana jasanya yang tidak terhitung besar dan banyaknya untuk negara.

KESIMPULAN

Bagi orang-orang yang pernah menjadi pengikut Tan Sri Sanusi Junid dan orang-orang bukan anak tempatan yang berselerak di Pulau Langkawi sepatutnya terasa malu kerana dihina.

Ertinya Bakar Taib tidak lagi perlu undi anda. Kesempatan ini sangat sesuai untuk anda sekalian tidak mengundinya melalui Pilihanraya ke-12 ini.

SAHARA MERAH

Gema BERTALUN

PENGUMUMAN dimana Bakar Taib terpilih lagi menjadi calon bagi Parlimen Langkawi disambut tepuk gemuruh juak-juaknya yang didatangkan khas dari Pulau Langkawi. MENTALON GEMA BERTALUN.

Datin Zaleha Mat Gelam isterinya tidak kering gusi, mulai gedik kaki.

SMS isteri setia:

Assalamualaikum..kami minta maaf tak tunggu, ada program di Alor Setar kelmarin. Kami sedih dan kecewa dengan tindak tanduk Datuk Mukhriz ikut rentak pengikut Tan Sri Sanusi untuk menjatuhkan Datuk Bakar yang ingin berkhidmat lagi. Mereka ini tak senang tengok hubungan baik Tun Dr M dengan Datuk Bakar. Kami difahamkan Tan Sri Hamid Othman telah offer Datuk Mukhriz tempat dia di Sik. Kami hormat dan sayang pada Tun berdua

Datin,

Rata-rata orang cakap: Kamu macam wau kelebihan ekor, maju mundur, keanjung ke dapur, tersembam tersungkur, cekang kendur dan terkelup terundur.

Kami pun lengkap deria, ada mulut telinga mata. Mampu menilai sendiri KACA DAN PERMATA. Kebenaran antara Tuah dan Jebat.

Mereka disebelah sana, keliling kamu dan suamimu BUTA DALAM CELIK.

Aku tergamam. Menyedari……

Rakyat seluruh, di hulu di baruh keliru antara gelap malam dan sinar siang.

Pendedahan buruk MUKHRIZ yang belum ketahuan benar seperti dakwaan kepada Tun Dr M adalah perlakuan jahat dan sangat biadap.

Mukhriz pada dasarnya berhak untuk memasuki negerinya bila-bila dari arah mana atau pintu manapun.

Tidakkah dengan isi SMS itu, kamu telah mengarang hitam muka anak muda bernama Mukhriz (Datuk Mukhriz). Sejauh manakah jahat hati budinya sehingga tergamak kamu aibkan dirinya kepada mata masyarakat dan ayah ibu kesayangannya.

LUPAKAH,

Ketika Bakar Taib terjun untuk menjadi WR dulu, beliau ketika itu sebagai pegawai tadbir di MADA belumpun menjadi ahli UMNO apalagi mengenali dunia politik.

Sewaktu menjejaki tanah Pulau Langkawi selepas pengumuman di Alor Setar, Datin dan Datuk sepertinya tikus-tikus kurus ketakutan dikelilingi kucing-kucing UMNO dibawah terajuan Tan Sri Sanusi Junid. Lalu kemudiannya bergerak ke Hotel Country Club. Besoknya mengiringi Datin Datuk dalam perarakan ke Pejabat Daerah Langkawi untuk penamaan calon.

Apakah setelah berada di tampuk kuasa selama lebih 17 tahun, kami diperkecilkan, dilabel sebagai orang Tan Sri Sanusi yang mungkin keadaannya seperti melukut di tepi gantang.

Sejarah tidak boleh diubah. Sesiapa juga tidak boleh menafikan, orang yang bertanggungjawab membawa Datuk ke dunia politik, ke dalam UMNO dan sampai menjawat Setiausaha Parlimen adalah Tun Dr M.

Bila menjelang PR-12,

Datuk Bakar dalam berbagai helah dan dalih telah menghalang Datuk Mukhriz dari menjadi calon Parlimen Langkawi. Pengundi Langkawi boleh menilai manusia jenis apa ini yang bukan sahaja tidak sedia membalas jasa tetapi nyata tiada berbudi bahasa. BERHATI PERUTKAH INI?.




LAKONAN

Beberapa hari sahaja lagi selepas ini Tun Dr M akan datang ke Langkawi. Datin dan Datuk boleh seperti biasa menyambutnya di airport Langkawi.

Cakap penghormatan seperti menyambut bapak dan ibu eloknya diperlahan sekadar dengar celah kangkang sendiri.

Lakonan tidak menjadi dan janggal. Orang semua tahu peribahasa PIPIT PEKAK MAKAN BERHUJAN.

Makanlah semahunya. Jangan takut diburu dan segan silu JANJI KENYANG SELEPAS MENANG.

BUJANG KULUB.