Tuesday, June 10, 2008

KERIS !! OH KERIS

Sepatah kata Tan Sri Prof Emeritius Ismail Hussin : Perhimpunan membabitkan lebih 200 NGO di Johor Bharu, 2hb dan 3hb Mei di-laksana atas rasa tanggungjawab bagi memgembali perpaduan Melayu.

Segala ini mungkin selepas melihat kesan PRU 12. Berdasar pen-gakuan beliau, gagasan untuk mengadakan kongres itu bermula akhir Mac lalu di rumah GAPENA KL, selepas melihat secara lang-sung kesan keputusan PRU 12 mencetus banyak dilema dikalangan orang melayu (Berita Harian. Sabtu , Mei 2008).

PERSOALAN :

Selama tempoh 50 tahun, melalui 11 kali PRU dimana pembangkang tewas, ahli dan pengikutnya dinafi hak bersuara, berhimpun secara aman dan diperlaku sewenang sehingga ada yang terpenjara. Tan Sri ketika itu mulut seperti tersumbat, rumah GAPENA berkunci rapat. Hanya apabila sekali sahaja BN tidak selesa kerana undi merosot dan tewas dilima buah negeri (Kedah, Perak, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan) Tan Sri tidak semena bingkas bangun dari pertapaan panjang lalu bersuara lantang. Cuba-cuba kononnya men-jadi jagoan pembela melayu.

Bertemankan beberapa kerat penyokong purba UMNO, Tan Sri dan pengikut yang buta matakepala dan matahati berkokok menggam-barkan kepada rakyat umum seperti UMNO ITU MELAYU dan MELAYU ITU ADALAH UMNO. Tumbang UMNO tersungkur me-layu, hilang UMNO lenyaplah melayu.

Di sini aku lihat kebimbangan saudara Azizi Hj Abdullah mungkin ada kebenaran. GAPENA sekadar dijadikan alat.

Tan Sri menjadi pelengkap genderang perang politik pemimpin UMNO untuk terus dengan retorik ketuanan melayu dalam meraih simpati orang melayu sebagai usaha untuk terus berkuasa.

Kebimbangan GAPENA tentang perpecahan melayu adalah kebimbangan UMNO berhadapan kebangkitan rakyat yang menjadi penghalang pemimpinnya terus menerus merampas hak yang menjadi habuan rakyat.

Ketuanan melayu seperti jenama dari produk UMNO yang perlu pada pengiklanan terus dalam membeli hati pengundi melayu yang berterangan sudah mulai muak.


MEMOHON MAAF

Sementara itu Datuk Sri Hishammudin Husin tidak semena ‘ memohon maaf ’ kepada bukan melayu dalam isu menghunus dan mencium keris pada Perhimpunan UMNO 2005 dan 2006 lalu. Alasan kemungkinan hakikat keadaan itu menjadi faktor menjejas prestasi BN dalam PRU 2008.

Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang sinonim dengan ungkapan keramatnya ‘LANGKAH MAYAT DULU‘ rupanya sudah betul-betul jadi mayat disaat ajal belum pun tiba.

Dalam hubungan ini kaki pengampu tidak menganggap ketuanya telah berlutut sebaliknya mengakui ini sebagai kewajaran bertepatan dengan konsep setiakawan . Wah!..Wah!

KERIS adalah senjata pendek melayu, digunapakai oleh orang melayu sejak 600 tahun dulu.

Keris juga menjadi lambang kesatriaan. Keris melayu terbentuk dalam kepelbagaian bahan, miliki fungsi harga jatidiri, kuasa, kesak-tian, boleh membawa manfaat atau mudarat kepada pemiliknya.

Keris terpeteri daripada berjenis besi dengan sarung ukiran halus berbagai rupa mengikut kesesuaian guna oleh sukuan bangsa di segenap daerah rantau Nusantara.

HUNUS DAN KUCUP KERIS adalah budaya. Tanda setia, amanah menerima perintah atau melaksana tanggungjawab.

Keris milik Taming Sari tiada serasian, selepas jatuh ketangan Laksamana Hang Tuah, perajurit Jawa itu terbunuh.

Ternyata kini KERIS PANCA WARISAN yang baru 2 tahun dilangir
tidak tuah kepada bukan saja pemuda tetapi juga UMNO apabila kerananya diperlaku membawa musibah kepada UMNO dalam PRU 12.

Keris sebagai harta peninggalan sejarah sepatutnya tidak disalah tafsir.

Ingatan buat pemuda UMNO, keris tidak boleh dipermudah dengan sebarang orang boleh memakainya melainkan yang betul-betul berdarah melayu, memahami falasafah keris dalam tradisi, mengutama etika dalam pemeliharaannya.

Perhimpunan Pemuda UMNO depan, tentunya akan hilang serinya apabila tiada peragaan keris dihunus dan dikucup. Kerananya elok sangat KERIS PANCA WARISAN BERPINDAH TANGAN.

Calon cadangan Datuk Najib tentunya EZAM, calon pilihan Pak Lah pastinya KHAIRI, aku dan rakan-rakan tetap memilih MUKHRIZ.

Pun macamana sebelum turun ke gelanggang aku ingatkan Ezam Md Noor: Baki kotak-kotak pengisian maklumat salahlaku pemimpin yang disimpannya eloknya dibuka dahulu. Kalau tidak bersedia kandungannya diserah kepada Penyiasatan BPR kerana salah men-dedah rahsia rasmi kerajaan, eloknya minta izin ditanam di Pulau Batu Putih, sekadar untuk kenangan. Kotak-kotak (tong)nya hadiah sahaja pada Datuk Firdaus untuk ditendang-tendang ganti bola, dulukan dia pernah tendang tong.



BUJANG KULUB

Sebagai cubaan kepada Tan Sri salah seorang diantara ketua GAPENA atau pun Dato’ Mukhriz Mahathir. Dato’ Mukhriz mempertikai kewibawaan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk jadi PM. Bujang lulusan sekolah atap sekadar tumpang sekaki :

- Bersekongkol dengan pembunuh kalau belum lagi membunuh tidak boleh disabitkan sebagai PEMBUNUH (rujuk dalam kes Altantuya Sharibu).

- Tidak adil mencurigai seseorang yang zahirnya baik hanya kerana disokong oleh seseorang penjahat.

- Cakapan Dato’ …

Parti pembangkang tidak perlu masuk campur atau menjaga tepi kain UMNO kerana ahli UMNO tahu menguruskan parti sendiri.

Kita tahu ahli UMNO bijak mengurusnya. Manusia biasa tidak terkecuali dari kelemahan dan mungkin boleh menbuat kesilapan. Kesilapan dari bodoh sombong itu mampu menjadikan bahtera maksudnya negara tersasar dan pecah. Sedang orang pembangkang juga ada dalamnya yang pasti ikut menjadi mangsa.


Thursday, June 5, 2008

ROH PERUT

PEMILIHAN Datuk Bakar Taib sebagai calon Parlimen Langkawi dengan mengenepikan saingannya Dato’ Mukhriz Mahathir memperlihat sikap yang tidak matang atau kedunguan yang merugikan banyak pihak. Ramai yang menunding jari kepada Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah dan Pak Lah.

Bila Kedah tewas kepada PAS, PKR dan DAP sehingga kepada Dato’ Seri Mahadzir Khalid sendiri tersingkir dari menduduki Wisma Darul Aman, orang boleh mengandai itu adalah anugerah atau bala-san di atas kejahilan menilai antara sekam manikam.

Dari utara Perlis sehingga ke selatan Johor desakan agar Pak Lah berundur datang dari segenap arah.

Perkembangan itu menunjukan suasana tidak senang dikalangan rakyat, seakan sudah tidak dapat dikawal disekat.

Begitu bagi PULAU LANGKAWI, dimana penghuninya dari segenap teluk selatnya bercakap tentang Datuk Bakar Taib. Keupayaannya menerajui UMNO Bahagian Langkawi dan perkhidmatannya sebagai wakil rakyat Parlimen Langkawi dalam keadaan dirinya uzur kerana tua dan sakit dipersoal. Bermodalkan ANAK TEMPATAN saja dirasa tidak cukup.

Sebetulnya Dato’ Bakar Taib pernah diserang angin ahmar,tertekan perasaan dari musibah kehilangan seseorang disayangi dari kalan-gan keluarga terdekatnya.

TUA, UZUR dan TERTEKAN PERASAAN menyumbang kepada dirinya jadi SAKIT. Sakit (kemungkinan terangkom dalam pemurungan) itulah membuat dirinya tidak keruan sehingga dilihat terkeluar dari sempadan minda normal lalu berhempas pulas, redah dalam cara halal haram berusaha terus mahu menjadi wakil rakyat lepas SEPENGGAL...SEPENGGAL LAGI.

Kata-kata LEPAS SEPENGGAL mahu SEPENGGAL LAGI oleh beliau terakhir ini semacam meniti dibibir penduduk Langkawi dalam sindiran melalui pantun dan seloka.

Aku teringat zaman kanak-kanak dulu. Waktu sedang bermain bersama rakan sebaya dibaruh atau tepian denai, kami bersua dengan seekor burung belatok yang tiba-tiba jatuh. Waktu belatok itu dalam keadaan lemah kami segera menangkapnya. Dengan segala belaian seorang dari kami cuba hembus pada bahagian duburnya. Biasanya selepas dubur burung terbabit masuk sedikit angin burung terbabit mengangkat ekor membuka kepak dan pulih perlahan-lahan.

Berbalik kepada Datuk Bakar Taib, semangat atau kekuatan diri beliau berada pada dorongan isterinya Datin Zaleha. Lainnya dari kalangan juak-juak sebagai tukang kipas dubur antaranya adalah Pak Hussin Ibrahim (bapa saudaranya), Encik Saifon Mustafa (MATPON), Encik Ibrahim Mat (IBRAHIM TOT) ,Encik Zainon Saidin (NON SAIDIN) dan Encik Saad Din (Datok SAAD DIN).

Semasa berucap melalui perjumpaan sambutan 62 tahun UMNO (tentunya UMNO yang sudah dikapankan dulu) di Kompleks LADA baru-baru ini beliau antara lain berkata dalam nada / sebutan putus-putus : KITA SAYANGKAN TUN TAPI KITA LEBIH SAYANGKAN PARTI.

Bagi aku itu lakonan juga. Kalau sayangkan parti eloknya kerusi yang disandangkan dilepaskan kepada orang lain yang lebih berkelayakan, kalau pula sayangkan TUN kenapa pulak tidak mengenang budinya apabila menolak anaknya dari jadi wakil rakyat Parlimen Langkawi.

Bila Datuk Bakar Taib besusah payah mahu juga menjadi Ahli Parlimen PRU 12 walaupun sudah menduduki kerusi itu lebih dari 14 tahun tanpa misi visi dan perancangan apa-apa untuk negara dan rakyat, ini boleh dilihat sangat luar biasa dan bukan amalan orang politik yang baik.

Beliau seperti menjadikan kerusi wakil rakyat barangan pusaka peninggalan keluarga dimana beliau sebagai waris tua terus keras kepala, makanya Berpijak diluar hukum, adat dan sejarah.

Beliau tiada roh bangsa, negara, budaya dan agama. Yang ada hanya ROH PERUT.

BUJANG KULUB

GONDANG MAS

Sesi PARLIMEN pertama 2008 kecoh. Telatah dan aksi ahli-ahlinya benar-benar membuat khalayak melalui TV1 tersentak. Wakil rakyat Bukit Gelugur Karpal Singh pembuka tirai memecah suasana dengan memanggil Big foot kepada wakil Kinabatangan Bung Mokhtar Radin.

Kamera TV langsung tidak fokus kepada Datuk Bakar Taib Ahli Parlimen Langkawi kerananya aku tidak tahu kelibatnya. Mungkin beliau ada pada kerusinya tersengih menanti masa untuk bertepuk tangan.

Seketika lain Datuk Ibrahim Ali BEBAS Pasir Mas mencelah mem-pertikai Karpal kerana tidak berdiri waktu berucap dan minta izin kepada speaker untuk duduk apabila tidak boleh berdiri.

Seperti biasa Karpal pantang mengalah, terus berhujah dalam lingkaran peraturan dan perlembagaan.

Di sini aku dapat sikit pelajaran dan cuba menasihati Pak Lah juga Dato’ Mahadzir Khalid: Pintu Parlimen lebih terbuka untuk semua rakyat termasuk yang cacat kaki tetapi tidak kepada yang sakit gusi.

Sekalipun bagaimana aku berbangga dengan Karpal, paling tidak kerana hadirnya ke Parlimen melalui tiket halal dari parti pegangannya DAP. Sebaliknya ada orang lain masuk ke Parlimen dengan meminjam kaki orang lain, bernafas ikut hidung orang lain, maka jadilah ianya seperti umang-umang (sejenis hidupan pantai laut) menumpang hidup dalam kulit gondang.

Dia yang aku maksudkan mungkin sudah buang tabiat MELOMPAT, kerananya elok dipanggil GONDANG MAS

BUJANG KULUB

Monday, May 5, 2008

TADBIR URUS SEMBARANGAN

PENGURUSAN LADA kebelakangan lebih banyak bercakap tentang GEOPARK, sehinggakan perkara lain banyak yang terlepas pandang, khusus hal yang membabitkan pembangunan dan kerja kontrak.

Nama ZBM (bukan nama sebenar) bekas pegawai kewangan LADA dimana baru-baru ini dipindahkan ke bahagian kewangan Pusat KL, dikesan ada kepentingan dalam syarikat Temurun Dinamik Sdn Bhd serta beberapa syarikat lain dibawah pemilikkan Malik Abdullah. PROJEK-PROJEK melalui LADA, JKR, JPS dan Majlis Perbandaran Langkawi hamper keseluruhan dimonopoli pihak dimaksudkan.

Kerja-kerja kontrak tersenarai dibawah:

MASJID TUBA
MASJID BAYAS
PEKAN RABU
SG. KERMAN
GERAI TAMAN NILAM
JALAN JETI PELANCONGAN DI CENANG
GERAI MPL ULU MELAKA
SEK.KEB.PADANG MATSIRAT
SEK.MEN.KEB TUNKU PUTRA
TANDAS AWAM TELUK YU
NAIK TARAF MAKAM MAHSURI
NAIKTARAF SUNGAI KUAH
LANDSKAP KUAH – AIRPORT LANGKAWI

Operasinya berjalan hampir serentak, kebanyakan pula dalam keadaan sakit apabila melangkau tempoh sepatutnya siap. Kerananya terpaksa diambil alih oleh beberapa tauke bukan Bumi.

Di sini timbul persoalan apakah pihak berkuasa mewakili agensi kerajaan di Langkawi berkecenderungan melahir usahawan Melayu puppet yang digerak oleh tangan-tangan BABA yang tersembunyi.

Apabila perampukkan projek oleh kroni-kroni berlalu tanpa selindung, pembahagian kekayaan Negara tidak seimbang dan tidak telus. Rakyat kebanyakan terbayang gelagat dan cakap pemimpin tertinggi negeri

Perkara ini dah jadi buah mulut, diperkata dimana-mana:

SERAPAH TIDAK MENJADI, SEKADAR MEMBUAHKAN JANJI, KOSONG TIDAK BERISI……..APA DAH JADI, WAHAI PAK MENTERI

PRU 12 menyaksikan BN kehilangan kuasa memerintah di 5 buah negeri (Kedah,Kelantan,Pulau Pinang,Perak dan Selangor).

Arus perubahan keyakinan ini tidak boleh dianggap fenomena sementara. Ianya cetusan dari rasa sangat kecewa rakyat diatas kegagalan tadbir urus melampau sehingga memaksa mereka mengguna kuasa.

BPR Langkawi, ambil ada sahaja. Kalau adapun aduan dibuat, siasatan dan tindakan berpilih bulu, Polis lebih kepada kulit dengan kekerapan bertukar ganti cogankata dan uniform saja.

Wakil Rakyat Langkawi Parlimen mahupun DUN yang tidak bisu ikut dijangkiti sindrom kemorongan. Dalam apa pun situasi melanda Pulau Langkawi BN dan Negara mereka terus menerus mencawat, kerusi wakil rakyat yang berjaya diraih hasil kerja kuat ahli/penyokong parti sekadar kerana title YB, mencari glamour bukan atas rasa tanggungjawab untuk berkhidmat.

Kalangan wakil rakyat, kakitangan kerajaan sepatutnya mengambil iktibar dan kembali berperanan memperbaiki imej BN dan Kerajaan Pusat yang tercalar sebelum lebih parah.

Sifat keberanian dan kecekalan semulajadi harus tertanam dikalangan pemimpin UMNO Langkawi. Pemilihan dan mesyuarat bahagian sudah hampir, ini menjadi masa terbaik bagi ahli bersuara dan bertindak, mana-mana pemimpin yang tidak dapat berperanan dan memberi khidmat terbaik, banyak berjanji tetapi tidak mengotanya elok dipersarakan. Apa yang kita perlu pemimpin yang apabila berada pada tampuk kuasa yang diberi padanya harus menganggap ianya adalah bebanan, sebagai pemegang amanah dan akan bertanggungjawab yang perlu dilaksanakan.

BUJANG KULUB

Thursday, April 24, 2008

PASIR LANGKAWI dan KENTUT YB

DUA hari berturut (8 dan 9 April 2008) TV3 ghairah buat pendedahan tentang aktiviti haram pengambilan pasir di Mukim Kedawang dan Mukim Ulu Melaka.

Bagi menyokong dakwaan tersebut turut dipapar gambar-gambar lubang tanah kuari baru dan usang. 2 tokoh pemimpin UMNO Langkawi iaitu DATO’ SAAD DIN dan YB DATO’ IR. NAWAWI AHMAD turun padang, dalam nada kecewa mereka melahirkan rasa kekesalan amat terhadap pengusaha-pengusaha pasir yang tidak bertanggungjawab sekaligus tentunya serangan awal terhadap pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah iaitu Pakatan Rakyat (PAS,PKR,DAP) yang hanya baru beberapa hari terbentuk.

LAKONAN

Mereka berdua dalam lakonan melalui kaca TV3 tampaknya begitu panik, macam cacing kepanasan berhadapan kesan pemendapan tanah, konon-konon keadaan itu mampu memberi masalah kepada bangunan dan landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.

Aku yang turut tersentak dengan gelagat 2 manusia ini tiba-tiba cuba bertanya kepada orang-orang kampung meminta kepastian. Sejak bila pula orang kanan YB Datuk Paduka Abu Bakar Taib dan ADUN Kuah itu menganggotai NGO Pencinta Alam Negara. Aku tahu dulu depa juga menjadi PENYANGAK PASIR.

Dato’ Saad Din selepas korek pasirnya dijual sampai sekarang lubangnya tidak ditimbus, dulu aku dan semua orang Langkawi tahu Dato’ Ir Nawawi ketika jadi Exco Negeri Kedah guna permit atas nama seseorang yang hanya aku sebut disini BASRI B bekalkan pasir ratusan lori besar kepada Kontraktor untuk buat Lebuhraya dari Kuah ke Airport Langkawi.

TERCIUM

PULAU LANGKAWI tidaklah begitu luas sangat kerananya apa juga keadaan orang mudah tercium apa lagi benda-benda buruk. Itulah kata kekesalan ATA GHAPUR (mamak pelikat kepada anaknya yang selalu menafikan berjudi): KUNTUT DALAM AIR MANA MAU PI ……….

Apa yang dimaksudkan olehnya: Setiap yang buruk tidak mudah disembunyikan dan akan sampai juga ke pengetahuan awam.


DATO’ SAAD DIN, DATO’ IR NAWAWI

HEMPA aku kenai dari orang sampai taiknya, kalau hendak cari nama elok pilih yang sesuai dan bukan isu murahan yang mampu memakan diri sendiri.

Aku tahu Dato’ Ir Nawawi tersasar peluang menjadi calon Parlimen Langkawi oleh halangan ketua sendiri yang tidak punyai hati budi, jangan kerananya sampai jadi SASAU, lupa akan sejarah kawan seangkatan dalam UMNO, golongan pengusaha pasir yang masing-masing mengharapkan PASIR MENJADI BERAS UNTUK MAKANAN KELUARGA.

Sunday, March 2, 2008

SENDAL...

ANAK TEMPATAN MENIPU ORANG TEMPATAN



BILA MAT SAIFUL MUSTAFA (MAT PON) KATA (ORANG LANGKAWI TOLAK DATUK MUKHRIZ), beliau bertindak biadap semata kerana tuannya YB Datuk Paduka Abu Bakar bin Taib.

Sebagai Setiausaha UMNO Bahagian, sebagai kontraktor kroni wakil rakyat Parlimen Langkawi, dia tidak segan silu BERBOHONG bagi menyelamat periuk nasinya. Orang ramai tahu dan ALLAH adalah saksi bahawa darah yang mengalir dalam tubuhnya serta gumpalan daging yang melekat pada badannya, kebanyakkannya terbina dari rezeki anak isteri kontraktor kelas F. Datuk Bakar ada saham besar dalam kerja rompakan ini.

Mengenai ASAL

Datuk Paduka Abu Bakar Taib sendiri membina kekuatan politik dengan mengguna wang rakyat dari peruntukan dana modal Amanah Saham Anak Langkawi (ASAL) yang diselewengkan. Ini amat jijik lagi memalukan.

Kenyataan dikeluarkan oleh PKR menunjukkan kerugian terkumpul ASAL sehingga pada 31.12.2006 sebanyak RM 4,691,788.00 dan tanggungan semasa sebanyak RM 12,985,545.00, bukan modal politik tetapi kenyataan juru audit bertauliah yang perlu dipertanggungjawab dibahu Datuk Paduka Abu Bakar Taib.

Sehubungan Encik Sirat Sidek sebagai Pengurus Besar ASAL tidak mudah mencuci tangan tetapi tetap dianggap bersetongkol.

Demi mengelak rakyat terus diburu keresahan atau terus menerus dalam kerugian, perkara ini perlu segera diperjelas.

Seorang pekerja PKR telah menghubungi Encik Yahya Hashim bekas Pengurus Besar ASAL yang sekarang berada di Beijing, China. Beliau mengakui ada campur tangan politik dalam ASAL, keadaan ini menjadi penyebab dianya meletak jawatan kembali ke dunia korporat. Perkara ini dikuatkan dari maklumat diperolehi oleh seseorang dari Tan Sri Bashir Ismail di saat akhir hayatnya melahir dukacita kerana ASAL yang diterajuinya sukar diperkembang bilamana Datuk Paduka Abu Bakar Taib sering menggangu dan memperlihat kecendorongan mengguna ASAL untuk faedah diri khusus politiknya.

Datuk Paduka Abu Bakar Taib, Encik Sirat Sidek, Encik Zainol Saidin, Encik Ibrahim TOT, Encik Saiful Mustafa (MAT PON) adalah jaguh-jaguh anak tempatan. Mereka merencana isu tempatan semata untuk menolak kehadiran Datuk Mukhriz Mahathir ke Parlimen Langkawi. Mereka seperti menjadikan TANAH SEKEPAL TAIK MUSANG ini seperti harta warisan atau dalam bahasa mudahnya HARTA PUSAKA MAK BAPAK DEPA.

Kata Encik Sirat Sidek, (sampai bila kita hendak harap kepada orang luar) melalui mesyuarat terakhir Jawatankuasa Bahagian pada 12hb Feb 2008 telah mencalar hati banyak pihak golongan penjawat awam di Langkawi. Semangat khidmat mereka tiba-tiba jadi tumpul, kesannya memberi kerugian kepada negara.

Isu orang dalam dan orang luar ternyata mereka sendiri sangat jahil mengenai politik UMNO. Bagi UMNO tidak ada masaalah dari mana dan apakah warna kulit kalangan Melayu yang menawarkan diri jadi pemimpin untuk berkhidmat kepada rakyat.

Majoriti orang Langkawi terutama kalangan remaja, terpelajar, yang bergantung hidup kepada aktiviti pelancongan sangat bersetuju dengan kemasukkan anak mantan PM yang dikira dapat menerus agenda pembangunan Langkawi daripada seorang anak tempatan yang bisu dan di Parlimen sekadar memanas kerusi dan menunggu masa untuk bertepuk tangan sahaja.

Erti apakah anak tempatan kalau ianya jadi duri dalam daging lebih-lebih menjadi SERIGALA BERTOPENG RUSA yang hidupnya membaham rakan sebelantara, tidak mengenal darah daging keluarga sekampung dan sebangsa.

BUJANG KULUB.

BAKAR TAIB BELUM TENTU BERSIH



RAKYAT MENUNTUT

ASAL

AMANAH SAHAM ANAK LANGKAWI

Kira-kira 16 tahun dulu, Pulau Langkawi digahkan dengan berita penubuhan Amanah Saham Anak Langkawi Berhad atau ringkasnya ASAL.

ASAL pada dasarnya bermatlamat membantu orang-orang Langkawi atau hadiah daripada Perdana Menteri ketika itu (YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad) dengan bekalan dana modal oleh kerajaan lebih daripada RM10 juta.

ASAL kebelakangan lebih terarah menjadi syarikat persendirian dan bukannya syarikat pelabur pemegang amanah kerajaan/rakyat. Ada tanda-tanda berlakunya penyalahgunaan kuasa.

Ahli Lembaga Pengarah ASAL (ketika penubuhannya):

Pengerusi :

YBhg Tan Sri Bashir bin Ismail

Ahli Korporat

Pengurus :

Encik Yahya bin Hashim

Ahli Korporat

Ahli Lembaga Pengarah :

YB Datuk Paduka Abu Bakar bin Taib

Wakil Rakyat Langkawi

Tan Sri Haji Halil bin Mutalib

Pengurus Besar

Lembaga Pembangunan Langkawi(LADA)

Diawal penubuhan ASAL, orang-orang Langkawi begitu gembira dan menganggap ianya nikmat pembangunan bersempenaan pengisytiharan Langkawi Free Duty.

Masing-masing mengharapkan faedah termasuk dividen setiap tahun.

MATLAMAT

ASAL pada dasarnya bermatlamat membantu orang-orang Langkawi. Soalnya sampai sekarang orang-orang Pulau Langkawi dinafi hak dan habuannya.

Oleh kerana wang ASAL sumbangan kerajaan yang juga wang rakyat, sebagai rakyat kami terpanggil menuntut penjelasan daripada pihak berkaitan.

KERAGUAN

Dari sumber boleh dipercayai, kami diberitahu YB Datuk Paduka Abu Bakar bin Taib di awal lagi dalam kedudukan hanya sebagai Ahli Lembaga Pengarah telah jauh menjangkau mencampuri pengurusan dalaman ASAL sehingga kepada cuba monopoli semua aktiviti ASAL bagi kepentingan peribadi dan politiknya.

Keadaan ini telah menimbul rasa tidak senang pihak pengurusan, Pengarah dan Pengerusi ASAL.

YBhg Tan Sri Bashir Ismail (Pengerusi ASAL) telah pun meninggal dunia.

Kami difahamkan YB Datuk Paduka Abu Bakar bin Taib telah pun mengambil alih tanggungjawab Pengerusi ASAL dan kemungkinan juga telah mengangkat diantara kroninya menduduki Lembaga Pengarah ASAL. Apa yang dapat dilihat disini tidak menepati prosedur. Apakah cara main lantik-lantik ini selaras dengan undang-undang tubuh ASAL.

Kami sama sekali tidak nampak ASAL berdiri atas asas sah dan ada tanda-tanda berlaku penyalahgunaan kuasa/pecah amanah.

Bila kedudukan penerajuan ASAL tidak sah, ertinya perjalanan pengurusan keseluruhan adalah haram dan boleh dipersoalkan.

MINTA SIASAT

BPR satu-satunya agensi kerajaan miliki kuasa mutlak mengekang sebarang penyelewengan dan amalan rasuah dengannya bertepatan diajukan pengaduan dan minta siasat kadar segera.

Amalan tidak sihat dari perlakuan jahat kalangan pemimpin rakyat adalah parasit atau barah yang mampu memporak-poranda negara dan bangsa.

CALON BERMORAL

Ketika berhadapan PR 12, penerajuan Pusat (YAB Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi dan YAB Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak) sangat mengharapkan calon kalangan berkeperibadian bersih dan bermoral. Ini adalah kesempatan terbaik mereka dibantu dalam menegak hasrat mulia tersebut.

TIADA CERITA DAN BERITA

Tempoh berlalu terlalu panjang (16 tahun). Tiada cerita dan berita yang sampai ke telinga rakyat.

Dalam apa pun keadaan YB Datuk Paduka Abu Bakar bin Taib selaku Ahli Lembaga Pengarah ASAL, Pengerusi ASAL merangkap Wakil Rakyat Parlimen Langkawi sepatutnya tidak menyembunyikan fakta dan maklumat kepada rakyat yang juga pengundinya.

HASIL SIASAT RAMBANG

Dari hasil siasat tidak rasmi (sekadar untuk rujukan).

1) Penubuhan ASAL pada 16hb Mac 1992.

2) No Pendaftaran syarikat : 236291 – P.

3) Penyata Kewangan sehingga 31hb Disember 2006.

Consolidated Accounts Financial Year End : 31-12-2006

Fixed Assets : 708,843.00

Total Investment : 2,587,001.00

Current Asset : 7,350,205.00

Other Assets : 100,800.00

Total Assets : - 2,238,696.00

Issued Capital : 2.00

Paid Up Capital : 2.00

Share Premium & Reserved : 2,000,000.00

Unappropriated Profit : - 4,691,788.00

Long Term Deferred Liabilities : 453,090.00

Current Liabilities : 12,985,545.00

Kami menuntut mendapatkan:

1) Salinan Memorandum Artikel (secara percuma atau berbayar).

Lainnya turut menuntut agar (dipamer di tempat awam atau melalui akhbar)

2) Penyata Kewangan berakhir 2007.

3) Butiran Perbelanjaan dan Untung Rugi sepanjang 16 tahun.

4) Diperhalusi butiran tanggungan semasa.

5) Diperhalusi butiran kerugian.

6) Berapa banyak hutang oleh Dr Ghazali Abdullah (Naib Ketua UMNO Bahagian sebelum ini) dan apa-apa tindakan dibuat untuk mendapatkan balik. Jika tiada sebarang tuntutan dibuat nyatakan sebabnya.

7) Dalam tempoh begitu lama operasi (16tahun) kenapa tidak dibuka saham kepada orang Langkawi.

Kerjasama BPR dan pihak-pihak berwajib diharap demi keadilan dan menjaga nama baik kerajaan.

PENJELASAN

Kita beri masa sehingga 7hb Mac 2008 kepada Datuk Paduka Abu Bakar bin Taib untuk memberi penjelasan terbuka. Jika dalam tempoh itu beliau tidak dapat memenuhi tuntutan ini, kami beranggapan beliau boleh dipersoalkan KEBERSIHANnya oleh rakyat khusus pengundi Langkawi.

DATUK BAKAR TAIB

KAMI TUNGGU PENJELASAN SEHINGGA 7hb MAC 2008

ATAU KAMU DIANGGAP PENGKHIANAT

PENGUNDI MENOLAK CALON MENGKHIANATI RAKYAT

Repot siasat dalaman mengenai:

AMANAH SAHAM ANAK LANGKAWI BERHAD

(ASAL)

RAKYAT MENUNTUT PENJELASAN

Saturday, March 1, 2008

BABUN


Datuk Mukhriz Mahathir yang mulanya dijadual bertanding di Parlimen Langkawi tidak semena diumum berpindah ke JERLUN.

Sebelum itu ada kenyataan melalui TV oleh Mohd Saiful Mustafa (MAT PON) 85 cawangan UMNO Langkawi berpihak kepada Bakar Taib.

Sebenarnya,

MAJORITI PENGUNDI PULAU LANGKAWI MAHUPUN RAKYAT UMUM TIDAK SEKALI-KALI MENOLAK MUKHRIZ.

Kami melihat, Mukhriz anak mantan PM Tun Dr M terlalu baik untuk Pulau Langkawi. Dalam usaha mengangkat martabat Langkawi sebagai destinasi pelancongan. Beliau sangat berpengalaman mengenainya.

Mantan PM Tun Dr M banyak jasanya kepada pembangunan Pulau Langkawi,

- Bertanggungjawab menubuhkan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA)

- Menerajui UMNO dan memimpin Negara lebih 20 tahun

Yang tidak berhati perut:

Adalah Bakar Taib, isterinya berserta pengikut-pengikut seperti Ibrahim TOT, MAT PON, Sirat Sidek, Non Saidin.

Mereka diatas tidak lebih keluarga BABUN di Sahara yang menganggap dunianya pada tanah sekangkang itu. Cukup untuk seadanya, tidak perlu kepada pembangunan, makan pakai berlebihan.

Babun-babun ini rutinnya berkeluarga, bergasakkan, sekali-sekali bertokak sesama sendiri dan mati bertindihan.

ANAK TEMPATAN adalah modal lapuk yang digilap setiap menjelang sesuatu pertandingan dalam PR mahupun perwakilan-perwakilan UMNO Bahagian.


Mereka menempelak habisan orang dibelakang Mukhriz sebagai sisa kelompok Tan Sri Sanusi Junid.

Tan Sri Sanusi Junid seperti bayang-bayang hodoh, diperguna semahunya bagi menakutkan orang lain.

Sebenarnya hanya Bakar Taib dan isteri yang gila kuasa mempengaruhi pengikut sehingga ikut GILA.

Tun Dr M sinonim dengan pembangunan Langkawi. YBhg Datuk Mahdzir Khalid adalah tangan-tangan kotor dibelakang peristiwa Mukhriz tercampak ke Jerlun.

Bakar Taib, Nawawi Ahmad harus bertanggungjawab diatas kekecewaan orang Langkawi kerananya.

Apa kelebihan Bakar Taib, apa kayu pengukur sehingga membuat ianya terpilih lagi menjadi calon Parlimen Langkawi.


- Sudah menjawatnya lebih daripada 17 tahun


- Tidak membantu menambah apa-apa kemajuan kepada Langkawi.


- Cakapnya 30% sahaja yang boleh difahami

- Tua dan nampak tidak sihat

- Projek luar Bandar dibawah peruntukan WR Parlimen tidak telus dan disapu hampir sepenuhnya oleh MAT PON

PENOLAKAN MUKHRIZ oleh pemimpin UMNO gila kuasa membuat orang Langkawi hilang segala dan hormat oleh dunia.

Kebanyakan pengundi Pulau Langkawi menghormati Tun Dr M kerana jasanya yang tidak terhitung besar dan banyaknya untuk negara.

KESIMPULAN

Bagi orang-orang yang pernah menjadi pengikut Tan Sri Sanusi Junid dan orang-orang bukan anak tempatan yang berselerak di Pulau Langkawi sepatutnya terasa malu kerana dihina.

Ertinya Bakar Taib tidak lagi perlu undi anda. Kesempatan ini sangat sesuai untuk anda sekalian tidak mengundinya melalui Pilihanraya ke-12 ini.

SAHARA MERAH

Gema BERTALUN

PENGUMUMAN dimana Bakar Taib terpilih lagi menjadi calon bagi Parlimen Langkawi disambut tepuk gemuruh juak-juaknya yang didatangkan khas dari Pulau Langkawi. MENTALON GEMA BERTALUN.

Datin Zaleha Mat Gelam isterinya tidak kering gusi, mulai gedik kaki.

SMS isteri setia:

Assalamualaikum..kami minta maaf tak tunggu, ada program di Alor Setar kelmarin. Kami sedih dan kecewa dengan tindak tanduk Datuk Mukhriz ikut rentak pengikut Tan Sri Sanusi untuk menjatuhkan Datuk Bakar yang ingin berkhidmat lagi. Mereka ini tak senang tengok hubungan baik Tun Dr M dengan Datuk Bakar. Kami difahamkan Tan Sri Hamid Othman telah offer Datuk Mukhriz tempat dia di Sik. Kami hormat dan sayang pada Tun berdua

Datin,

Rata-rata orang cakap: Kamu macam wau kelebihan ekor, maju mundur, keanjung ke dapur, tersembam tersungkur, cekang kendur dan terkelup terundur.

Kami pun lengkap deria, ada mulut telinga mata. Mampu menilai sendiri KACA DAN PERMATA. Kebenaran antara Tuah dan Jebat.

Mereka disebelah sana, keliling kamu dan suamimu BUTA DALAM CELIK.

Aku tergamam. Menyedari……

Rakyat seluruh, di hulu di baruh keliru antara gelap malam dan sinar siang.

Pendedahan buruk MUKHRIZ yang belum ketahuan benar seperti dakwaan kepada Tun Dr M adalah perlakuan jahat dan sangat biadap.

Mukhriz pada dasarnya berhak untuk memasuki negerinya bila-bila dari arah mana atau pintu manapun.

Tidakkah dengan isi SMS itu, kamu telah mengarang hitam muka anak muda bernama Mukhriz (Datuk Mukhriz). Sejauh manakah jahat hati budinya sehingga tergamak kamu aibkan dirinya kepada mata masyarakat dan ayah ibu kesayangannya.

LUPAKAH,

Ketika Bakar Taib terjun untuk menjadi WR dulu, beliau ketika itu sebagai pegawai tadbir di MADA belumpun menjadi ahli UMNO apalagi mengenali dunia politik.

Sewaktu menjejaki tanah Pulau Langkawi selepas pengumuman di Alor Setar, Datin dan Datuk sepertinya tikus-tikus kurus ketakutan dikelilingi kucing-kucing UMNO dibawah terajuan Tan Sri Sanusi Junid. Lalu kemudiannya bergerak ke Hotel Country Club. Besoknya mengiringi Datin Datuk dalam perarakan ke Pejabat Daerah Langkawi untuk penamaan calon.

Apakah setelah berada di tampuk kuasa selama lebih 17 tahun, kami diperkecilkan, dilabel sebagai orang Tan Sri Sanusi yang mungkin keadaannya seperti melukut di tepi gantang.

Sejarah tidak boleh diubah. Sesiapa juga tidak boleh menafikan, orang yang bertanggungjawab membawa Datuk ke dunia politik, ke dalam UMNO dan sampai menjawat Setiausaha Parlimen adalah Tun Dr M.

Bila menjelang PR-12,

Datuk Bakar dalam berbagai helah dan dalih telah menghalang Datuk Mukhriz dari menjadi calon Parlimen Langkawi. Pengundi Langkawi boleh menilai manusia jenis apa ini yang bukan sahaja tidak sedia membalas jasa tetapi nyata tiada berbudi bahasa. BERHATI PERUTKAH INI?.




LAKONAN

Beberapa hari sahaja lagi selepas ini Tun Dr M akan datang ke Langkawi. Datin dan Datuk boleh seperti biasa menyambutnya di airport Langkawi.

Cakap penghormatan seperti menyambut bapak dan ibu eloknya diperlahan sekadar dengar celah kangkang sendiri.

Lakonan tidak menjadi dan janggal. Orang semua tahu peribahasa PIPIT PEKAK MAKAN BERHUJAN.

Makanlah semahunya. Jangan takut diburu dan segan silu JANJI KENYANG SELEPAS MENANG.

BUJANG KULUB.

Tuesday, February 26, 2008

ANJING PELIHARAAN

PEPERANGAN untuk menjadi calon dikalangan UMNO bukan perkara baru.

Berita kehadiran anak Mantan PM ( DrM) ke Parlimen Langkawi membuat bahang politik tanah sisa sumpahan Mahsuri tiba-tiba jadi gawat.

Datuk Bakar Taib penyandang jawatan, lebih-lebih isterinya Datin Zaleha Mat Gelam bertambah kelam dan meragam.

Datin (Dewa Arjuna) dari Perak itu kembali resah dalam wajah muncung comot macam seketika dulu bila tersebar suaminya dikaitkan (skandal) dengan Puteri UMNO Langkawi.

Juak-juak UMNO yang lain tidak ubah cacing kepanasan. IBRAHIM TOT sangat bertepatan dengan sifat dirinya yang banyak cakap tapi kosong. Kebetulan TOT dalam bahasa Siam bermakna goreng.

Saiful Mustafa (MAT PON) Setiausaha UMNO Bahagian Langkawi umum tahu hubungannya dengan Datuk Bakar seperti MAHADI (peserta bakat RTM satu ketika dulu) dengan puppetnya.

Siapa boleh nafi 70% daripada projek pembangunan luar Bandar dibawah peruntukan wakil rakyat Parlimen Langkawi dimonopoli oleh MAT PON sehinggakan bukan sahaja beliau mampu tambah kereta bahkan tambah bini.

Kebanyakan kontraktor kelas F di Langkawi mengeluh serta meragui kemungkinan ada cerita disebalik keadaan ini. BPR elok segera siasat.


BOTOL TERBANG

Orang Kampung Ewa marah MAT PON kerana tanah terokaan mereka tiba-tiba jadi geran atas nama beliau dan keluarganya. Cerita botol air mineral terbang mengenai Datuk Bakar didalam sebuah majlis baru-baru ini menjadi buah mulut.


KENYATAAN BOHONG

Pada 22hb Februari 2008, MAT PON buat kenyataan TV: orang Langkawi tolak Mukhriz.

Itu nyata satu PEMBOHONGAN. Kerananya pihak atasan UMNO, khasnya bahagian tatatertib perlu bertindak dalam menjaga nama baik parti.

Aku tak heranpun. ANJING PELIHARAAN BOLEH BUAT APA SAJA UNTUK TUANNYA.

Perhatian buat semua:

Pemimpin yang terdiri daripada pembodek-pembodek, perasuah, guna harta rakyat, tercalar akhlak eloknya dibuang jauh-jauh ke pusat tasik Pauh Janggi.


LUAR KOTAK

Ayat-ayat sampai bila kita nak harap orang luar memperlihat kedangkalan, berfikiran sempit, diluar kotak Islam dan budaya Melayu.

Sirat Sidek, Zainol Saidin usah sangat berbangga dengan title anak tempatan. Sesungguhnya ramai kalangan penjawat awam di Langkawi keluaran (made in) tanah besar Semenanjung dengan perkataan itu akan hilang semangat berkhidmat, sedangkan mereka penyumbang besar untuk kebajikan dan pembangunan Langkawi.

YBhg Dato’ Pengurus Besar LADA, YBhg Tuan Pegawai Daerah Langkawi, Ketua Pengarah Imigresen Langkawi, Ketua Pengarah Kastam Langkawi, Penasihat Undang-undang MPL merangkap Pengerusi AMAN Malaysia, Langkawi dan lain-lain ketua jabatan di Langkawi tentunya setuju dengan aku.


BUJANG KULUB

Sunday, February 17, 2008

KURANG KUMUT

Selepas mengerah kakitangan Pejabat UMNO Bahagian Langkawi untuk mendapatkan tandatangan menyokongnya untuk jadi calon sepenggal lagi, pada 10hb Feb 2008, Datin Zaleha Mat Gelam isteri Datuk Paduka Bakar Taib membuat sms kepada pengawal peribadi YABhg Tun Dr M.

Bunyi ayatnya:

Assalamualaikum..kami minta maaf tak tunggu, ada program di Alor Setar kelmarin. Kami sedih dan kecewa dengan tindak tanduk Datuk Mukhriz ikut rentak pengikut Tan Sri Sanusi untuk menjatuhkan Datuk Bakar yang ingin berkhidmat lagi. Mereka ini tak senang tengok hubungan baik Tun Dr M dengan Datuk Bakar. Kami difahamkan Tan Sri Hamid Othman telah offer Datuk Mukhriz tempat dia di Sik. Kami hormat dan sayang pada Tun berdua.

Sayu dan sangat syahdu aku membacanya. Jika disyairkan pada dinihari dalam iringan gema muzik beralun-alun amat mengasyikkan.

Tentunya ada kera kepala atas dan kepala bawah bergoyang lalu jatuh terlentang, terkangkang.

Kalau kata-kata dari sms itu bermatlamat untuk dipanjangkan kepada Tun Dr M, UNTUK APA?

Sandiwara Datuk Bakar Taib lebih terdedah lagi bilapada 12hb Feb 2008, beliau mengarahkan diadakan mesyuarat JK UMNO Bahagian Langkawi dengan usul mahukan anak tempatan dari kalangan Ahli Jawatankuasa.

Bermula dengan pemilihan Datuk Bakar menjadi calon DUN dan berpindah ke kerusi Parlimen sambung menyambung sehingga sekarang (melewati 17 tahun dalam jumlah 4 penggal) adalah atas ihsan Tun Dr M.

Fakta di atas ternukil menjadi sejarah. Diakui atau tidak Tun Dr M telah banyak jasanya kepada Datin dan suami.

Dalam program membawa anak Tun Dr M ke Parlimen Langkawi, Datin dan Datuk Bakar menjadi PENGHALANG BESAR.Tidak sedia membalas budi Tun Dr M apabila menjadi pengacau.

Pada pengamatan aku Datuk Bakar pada dasarnya sudah lama mati. Datin seakan menjadi pepari yang meresap dalam tubuhnya. Ini menjadikan Datuk Bakar sekarang digerak oleh kuasa mistik dan kosmologi melayu ‘Dewa Arjuna’.

Tanggapan orang-orang di belakang Datuk Mukhriz sebagai kumpulan Tan Sri Sanusi Junid adalah keterlaluan. Kami adalah ahli-ahli UMNO yang peka dan setia kepada UMNO Negeri dan Pusat, maka kerana itu ikut membantu suami Datin mengekal kerusinya dalam PR 11 dulu, petanda akur kehendak kepimpinan Pusat.

Orang-orang dari kumpulan Tan Sri Sanusi yang Datin perlekehkan itu dulu turut membantu memenangkan Datuk Bakar. Dah lupakah ?

Mesyuarat UMNO Bahagian Langkawi pada 12hb Feb 2008 di hotel Langkawi Lagoon tidak memberi sebarang makna pun.

Cikgu Non Saidin dan Ibrahim TOT tidak lebih dari watak Etong dan Ekiang dalam wayang kulit. Sirat Sidek kaki ampu nombor satu ASIA.

Sirat Sidek - ‘Sampai bila lagi kita nak harap pada orang luar’

Wah! wah ! sedapnya cakap. Tidak professional dan tidak melambangkan seorang ahli korporat tapi keparat.

Lagi-lagi anak TEMPATAN jemu aku..

Datin tolong tanya depa-depa semua yang terlalu pertahankan atau agungkan anak tempatan itu: hempa pasai apa angkat orang luar buat bini, BARANG (ANU) tempatan kurang kumut ke?

BUJANG KULUB

Wednesday, February 13, 2008

Seketika...WAWANCARA BUJANG KULUB DENGAN ANAK MANTAN PM (MUKHRIZ).

Tempat di ANJUNG SERAI, Airport Langkawi pada 6hb Februari 2008 jam 3.10 petang.

BK:

Assalamualikum, Datuk !

DM:

Waalaikumussalam. Duduklah.

BK:

Dulu datang. Hari ini jumpa lagi, kerap nampak.

DM:

Bapa tidak pernah lupa Pulau Langkawi, kini dia kurang sihat. Saya perlu selalu datang untuk membawa khabaran kesukaannya. Tentunya tentang perkembangan pembangunan Langkawi. Lagi pula ada orang jemput jumpa veteran UMNO Langkawi.

BK:

Kenapa cepat sangat hendak balik?

DM:

Besok ke Gaza.

BK:

Ya.Saya tahu Datuk Penyelaras AMAN Malaysia (AM). Apa di Langkawi ada cawangan AM?

DM:

Belum.

BK:

Tapi bagaimana disini ada PENGERUSI AM ?.

(terbayang sahabatku penggemar angka 77, macam Pak Lah dengan angka 13)

DM:

Belum ada cadangan. Apakah sahabat kamu, maksudnya PENGERUSI itu mahu ikut berperang di Palestin.

BK:

Dia selalu berperang. Orang kahwin dua biasalah Datuk.

(kami sama-sama ketawa)

Apakah Datuk bersedia jadi calon PR12?

DM:

Apakah saya ini layak ?

BK:

Yang kurang sihat tua lagi….itupun masih mahu dan menganggap dirinya layak. Datuk masih muda.

DM:

Selain kerana muda, apa kayu pengukur kamu tentang kelayakan saya ?

BK:

Datuk sihat. Boleh bercakap dan difahami cakapnya. Dikenali ramai. Dalam dan luar Negara. Anak mantan PM, siapa yang tidak kenal dengan Dr M selama 20 tahun jadi Presiden UMNO dan pemimpin Negara.

………ayam sabung sebelum turun ke gelanggang pun orang nilai pada benihnya, tilik pada sisik serta tajinya. PARLIMEN adalah juga gelanggang tempat penggubalan dasar, perdebatan berkaitan undang-undang dan perlembagaan.

DM:

Boleh saya tau nama abang?

BK:

Panggil saja Bujang. Penuhnya Bujang Kulub. Tinggal di Kg Bohor Cantik, Anak ada empat orang dengan isteri pertama, Isteri kedua keguguran, isteri terbaru belum ada habuan. Cucu 10.

DM:

Hebat !

BK:

AIR GAMAT MADU LEBAH

TAK PENAT DEPA REBAH…..LONGLAI...

BARU CAI…..

DM:

(ketawa)

BK:

Datuk serius jadi calon pilihanraya nanti?

DM:

Kalau diperkenan kepimpinan atasan.

BK:

Kawasan pilihan?

DM:

Tentunya Parlimen Langkawi. Kamu suka?

BK:

Ia ! mudahan Datuk setelah jadi YB dapat menyambung usaha Tun membantu Langkawi ketahap pusat pelancongan bertaraf dunia. Dapat awa masuk pelabur untuk pertingkat ekonomi, menghapus Kemiskinan Tegar.

DM:

Isu anak tempatan apakah tidak dibangkitkan ?


BK:

Datuk lahir di Alor Setar, dalam Malaysia yang bukan dari planet berlainan. Depa yang dah jadi WR Langkawi anak tempatan kebanyakan tinggal di tanah besar Semenanjung, balik sesekali itu pun ada yang bermalam di hotel. Yang dalam usaha menjadi calon sudah sedia DAPUR tambahan di sana.

Datuk dapat restu Dr M ?

DM:

Sepermainan. Saya bermain di padangnya.

BK:

Datuk Bakar Taib nampak sangat kecewa.

DM:

Saya menghormatinya tapi lebih menyayangi Pulau Langkawi dan penghuninya.

BK:

Ada apa-apa perancangan Datuk untuk esok kalau sudah memenangi PR ?

DM:

Menyambung usaha bapak yang kelihatan semacam terbantut sekarang. Lainnya terpaksa lihat keperluan dulu. Dulukan yang dulu.

BK:

Bagaimana mengenai Rumah UMNO Bahagian Langkawi ?

DM:

Doakan agar saya terpilih menjadi calon, memenangi PR. Perkara Rumah UMNO akan diberi perhatian, ingatkan saya selalu tentang ini. Kita insan yang tidak lekang sifat lupa.

Kerana itu dulu bapak tampil mengecam sifat melayu yang mudah pelupa, tidak belajar dari sejarah, akibatnya masa depan orang kita rapuh.

BK:

Ada yang memanipulasi lupa. Dulu kata SEPENGGAL LAGI, sekarang mahu pula SEPENGGAL LAGI…ini namanya lupa yang dibuat-buat semata untuk kaut keuntungan diri tanpa memikirkan orang lain yang juga mahu hidup.

Berjanji mesti mengotakan janji. Kerbau dipegang talinya orang dipegang cakapnya.

DM:

Cukup setakat ini, kita jumpa lain kali….tidak elok banyak berangan-angan.

( Selepas bersalaman, kami turun bebas mengikut arah sendiri-sendiri. Aku terserempak dengan seorang pengusaha bot sewa (PBS )

PBS:

Abang hantar Datuk Mukhriz ?

BK:

Kebetulan. Aku tanya sesuatu padanya. Apa dia jadi untuk ambil calon Parlimen Langkawi ? Jawabnya bila semua orang sedia menerima dan sedia memberi kerjasama.

PBS:

Bagus. Dan apa-apa lagi ……..

BK:

Dia aku lihat sangat berpegang pada prinsip. Tidak langsung mengharapkan sokongan atau campurtangan bapak serta ibunya untuk lobi. Perkara jadi calon katanya terserah kepada pucuk pimpinan bagi menilai kelayakan atau kemampuannya untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat.

Di saat perpisahan, dia sempat berbisik ‘KITA MERENCANA, ALLAH MENENTUKAN’.


BUJANG KULUB