Thursday, April 24, 2008

PASIR LANGKAWI dan KENTUT YB

DUA hari berturut (8 dan 9 April 2008) TV3 ghairah buat pendedahan tentang aktiviti haram pengambilan pasir di Mukim Kedawang dan Mukim Ulu Melaka.

Bagi menyokong dakwaan tersebut turut dipapar gambar-gambar lubang tanah kuari baru dan usang. 2 tokoh pemimpin UMNO Langkawi iaitu DATO’ SAAD DIN dan YB DATO’ IR. NAWAWI AHMAD turun padang, dalam nada kecewa mereka melahirkan rasa kekesalan amat terhadap pengusaha-pengusaha pasir yang tidak bertanggungjawab sekaligus tentunya serangan awal terhadap pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah iaitu Pakatan Rakyat (PAS,PKR,DAP) yang hanya baru beberapa hari terbentuk.

LAKONAN

Mereka berdua dalam lakonan melalui kaca TV3 tampaknya begitu panik, macam cacing kepanasan berhadapan kesan pemendapan tanah, konon-konon keadaan itu mampu memberi masalah kepada bangunan dan landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.

Aku yang turut tersentak dengan gelagat 2 manusia ini tiba-tiba cuba bertanya kepada orang-orang kampung meminta kepastian. Sejak bila pula orang kanan YB Datuk Paduka Abu Bakar Taib dan ADUN Kuah itu menganggotai NGO Pencinta Alam Negara. Aku tahu dulu depa juga menjadi PENYANGAK PASIR.

Dato’ Saad Din selepas korek pasirnya dijual sampai sekarang lubangnya tidak ditimbus, dulu aku dan semua orang Langkawi tahu Dato’ Ir Nawawi ketika jadi Exco Negeri Kedah guna permit atas nama seseorang yang hanya aku sebut disini BASRI B bekalkan pasir ratusan lori besar kepada Kontraktor untuk buat Lebuhraya dari Kuah ke Airport Langkawi.

TERCIUM

PULAU LANGKAWI tidaklah begitu luas sangat kerananya apa juga keadaan orang mudah tercium apa lagi benda-benda buruk. Itulah kata kekesalan ATA GHAPUR (mamak pelikat kepada anaknya yang selalu menafikan berjudi): KUNTUT DALAM AIR MANA MAU PI ……….

Apa yang dimaksudkan olehnya: Setiap yang buruk tidak mudah disembunyikan dan akan sampai juga ke pengetahuan awam.


DATO’ SAAD DIN, DATO’ IR NAWAWI

HEMPA aku kenai dari orang sampai taiknya, kalau hendak cari nama elok pilih yang sesuai dan bukan isu murahan yang mampu memakan diri sendiri.

Aku tahu Dato’ Ir Nawawi tersasar peluang menjadi calon Parlimen Langkawi oleh halangan ketua sendiri yang tidak punyai hati budi, jangan kerananya sampai jadi SASAU, lupa akan sejarah kawan seangkatan dalam UMNO, golongan pengusaha pasir yang masing-masing mengharapkan PASIR MENJADI BERAS UNTUK MAKANAN KELUARGA.