Monday, May 5, 2008

TADBIR URUS SEMBARANGAN

PENGURUSAN LADA kebelakangan lebih banyak bercakap tentang GEOPARK, sehinggakan perkara lain banyak yang terlepas pandang, khusus hal yang membabitkan pembangunan dan kerja kontrak.

Nama ZBM (bukan nama sebenar) bekas pegawai kewangan LADA dimana baru-baru ini dipindahkan ke bahagian kewangan Pusat KL, dikesan ada kepentingan dalam syarikat Temurun Dinamik Sdn Bhd serta beberapa syarikat lain dibawah pemilikkan Malik Abdullah. PROJEK-PROJEK melalui LADA, JKR, JPS dan Majlis Perbandaran Langkawi hamper keseluruhan dimonopoli pihak dimaksudkan.

Kerja-kerja kontrak tersenarai dibawah:

MASJID TUBA
MASJID BAYAS
PEKAN RABU
SG. KERMAN
GERAI TAMAN NILAM
JALAN JETI PELANCONGAN DI CENANG
GERAI MPL ULU MELAKA
SEK.KEB.PADANG MATSIRAT
SEK.MEN.KEB TUNKU PUTRA
TANDAS AWAM TELUK YU
NAIK TARAF MAKAM MAHSURI
NAIKTARAF SUNGAI KUAH
LANDSKAP KUAH – AIRPORT LANGKAWI

Operasinya berjalan hampir serentak, kebanyakan pula dalam keadaan sakit apabila melangkau tempoh sepatutnya siap. Kerananya terpaksa diambil alih oleh beberapa tauke bukan Bumi.

Di sini timbul persoalan apakah pihak berkuasa mewakili agensi kerajaan di Langkawi berkecenderungan melahir usahawan Melayu puppet yang digerak oleh tangan-tangan BABA yang tersembunyi.

Apabila perampukkan projek oleh kroni-kroni berlalu tanpa selindung, pembahagian kekayaan Negara tidak seimbang dan tidak telus. Rakyat kebanyakan terbayang gelagat dan cakap pemimpin tertinggi negeri

Perkara ini dah jadi buah mulut, diperkata dimana-mana:

SERAPAH TIDAK MENJADI, SEKADAR MEMBUAHKAN JANJI, KOSONG TIDAK BERISI……..APA DAH JADI, WAHAI PAK MENTERI

PRU 12 menyaksikan BN kehilangan kuasa memerintah di 5 buah negeri (Kedah,Kelantan,Pulau Pinang,Perak dan Selangor).

Arus perubahan keyakinan ini tidak boleh dianggap fenomena sementara. Ianya cetusan dari rasa sangat kecewa rakyat diatas kegagalan tadbir urus melampau sehingga memaksa mereka mengguna kuasa.

BPR Langkawi, ambil ada sahaja. Kalau adapun aduan dibuat, siasatan dan tindakan berpilih bulu, Polis lebih kepada kulit dengan kekerapan bertukar ganti cogankata dan uniform saja.

Wakil Rakyat Langkawi Parlimen mahupun DUN yang tidak bisu ikut dijangkiti sindrom kemorongan. Dalam apa pun situasi melanda Pulau Langkawi BN dan Negara mereka terus menerus mencawat, kerusi wakil rakyat yang berjaya diraih hasil kerja kuat ahli/penyokong parti sekadar kerana title YB, mencari glamour bukan atas rasa tanggungjawab untuk berkhidmat.

Kalangan wakil rakyat, kakitangan kerajaan sepatutnya mengambil iktibar dan kembali berperanan memperbaiki imej BN dan Kerajaan Pusat yang tercalar sebelum lebih parah.

Sifat keberanian dan kecekalan semulajadi harus tertanam dikalangan pemimpin UMNO Langkawi. Pemilihan dan mesyuarat bahagian sudah hampir, ini menjadi masa terbaik bagi ahli bersuara dan bertindak, mana-mana pemimpin yang tidak dapat berperanan dan memberi khidmat terbaik, banyak berjanji tetapi tidak mengotanya elok dipersarakan. Apa yang kita perlu pemimpin yang apabila berada pada tampuk kuasa yang diberi padanya harus menganggap ianya adalah bebanan, sebagai pemegang amanah dan akan bertanggungjawab yang perlu dilaksanakan.

BUJANG KULUB