PENGUMUMAN dimana Bakar Taib terpilih lagi menjadi calon bagi Parlimen Langkawi disambut tepuk gemuruh juak-juaknya yang didatangkan khas dari Pulau Langkawi. MENTALON GEMA BERTALUN.
Datin Zaleha Mat Gelam isterinya tidak kering gusi, mulai gedik kaki.
SMS isteri setia:
Assalamualaikum..kami minta maaf tak tunggu, ada program di Alor Setar kelmarin. Kami sedih dan kecewa dengan tindak tanduk Datuk Mukhriz ikut rentak pengikut Tan Sri Sanusi untuk menjatuhkan Datuk Bakar yang ingin berkhidmat lagi. Mereka ini tak senang tengok hubungan baik Tun Dr M dengan Datuk Bakar. Kami difahamkan Tan Sri Hamid Othman telah offer Datuk Mukhriz tempat dia di Sik. Kami hormat dan sayang pada Tun berdua
Datin,
Rata-rata orang cakap: Kamu macam wau kelebihan ekor, maju mundur, keanjung ke dapur, tersembam tersungkur, cekang kendur dan terkelup terundur.
Kami pun lengkap deria, ada mulut telinga mata. Mampu menilai sendiri KACA DAN PERMATA. Kebenaran antara Tuah dan Jebat.
Mereka disebelah
Aku tergamam. Menyedari……
Rakyat seluruh, di hulu di baruh keliru antara gelap malam dan sinar siang.
Pendedahan buruk MUKHRIZ yang belum ketahuan benar seperti dakwaan kepada Tun Dr M adalah perlakuan jahat dan sangat biadap.
Mukhriz pada dasarnya berhak untuk memasuki negerinya bila-bila dari arah mana atau pintu manapun.
Tidakkah dengan isi SMS itu, kamu telah mengarang hitam muka anak muda bernama Mukhriz (Datuk Mukhriz). Sejauh manakah jahat hati budinya sehingga tergamak kamu aibkan dirinya kepada mata masyarakat dan ayah ibu kesayangannya.
LUPAKAH,
Ketika Bakar Taib terjun untuk menjadi WR dulu, beliau ketika itu sebagai pegawai tadbir di MADA belumpun menjadi ahli UMNO apalagi mengenali dunia politik.
Sewaktu menjejaki tanah Pulau Langkawi selepas pengumuman di Alor Setar, Datin dan Datuk sepertinya tikus-tikus kurus ketakutan dikelilingi kucing-kucing UMNO dibawah terajuan Tan Sri Sanusi Junid. Lalu kemudiannya bergerak ke Hotel Country Club. Besoknya mengiringi Datin Datuk dalam perarakan ke Pejabat Daerah Langkawi untuk penamaan calon.
Apakah setelah berada di tampuk kuasa selama lebih 17 tahun, kami diperkecilkan, dilabel sebagai orang Tan Sri Sanusi yang mungkin keadaannya seperti melukut di tepi gantang.
Sejarah tidak boleh diubah. Sesiapa juga tidak boleh menafikan, orang yang bertanggungjawab membawa Datuk ke dunia politik, ke dalam UMNO dan sampai menjawat Setiausaha Parlimen adalah Tun Dr M.
Bila menjelang PR-12,
Datuk Bakar dalam berbagai helah dan dalih telah menghalang Datuk Mukhriz dari menjadi calon Parlimen Langkawi. Pengundi Langkawi boleh menilai manusia jenis apa ini yang bukan sahaja tidak sedia membalas jasa tetapi nyata tiada berbudi bahasa. BERHATI PERUTKAH INI?.
Beberapa hari sahaja lagi selepas ini Tun Dr M akan datang ke Langkawi. Datin dan Datuk boleh seperti biasa menyambutnya di airport Langkawi.
Cakap penghormatan seperti menyambut bapak dan ibu eloknya diperlahan sekadar dengar celah kangkang sendiri.
Lakonan tidak menjadi dan janggal. Orang semua tahu peribahasa PIPIT PEKAK MAKAN BERHUJAN.
Makanlah semahunya. Jangan takut diburu dan segan silu JANJI KENYANG SELEPAS MENANG.
BUJANG KULUB.
No comments:
Post a Comment