Thursday, June 5, 2008

GONDANG MAS

Sesi PARLIMEN pertama 2008 kecoh. Telatah dan aksi ahli-ahlinya benar-benar membuat khalayak melalui TV1 tersentak. Wakil rakyat Bukit Gelugur Karpal Singh pembuka tirai memecah suasana dengan memanggil Big foot kepada wakil Kinabatangan Bung Mokhtar Radin.

Kamera TV langsung tidak fokus kepada Datuk Bakar Taib Ahli Parlimen Langkawi kerananya aku tidak tahu kelibatnya. Mungkin beliau ada pada kerusinya tersengih menanti masa untuk bertepuk tangan.

Seketika lain Datuk Ibrahim Ali BEBAS Pasir Mas mencelah mem-pertikai Karpal kerana tidak berdiri waktu berucap dan minta izin kepada speaker untuk duduk apabila tidak boleh berdiri.

Seperti biasa Karpal pantang mengalah, terus berhujah dalam lingkaran peraturan dan perlembagaan.

Di sini aku dapat sikit pelajaran dan cuba menasihati Pak Lah juga Dato’ Mahadzir Khalid: Pintu Parlimen lebih terbuka untuk semua rakyat termasuk yang cacat kaki tetapi tidak kepada yang sakit gusi.

Sekalipun bagaimana aku berbangga dengan Karpal, paling tidak kerana hadirnya ke Parlimen melalui tiket halal dari parti pegangannya DAP. Sebaliknya ada orang lain masuk ke Parlimen dengan meminjam kaki orang lain, bernafas ikut hidung orang lain, maka jadilah ianya seperti umang-umang (sejenis hidupan pantai laut) menumpang hidup dalam kulit gondang.

Dia yang aku maksudkan mungkin sudah buang tabiat MELOMPAT, kerananya elok dipanggil GONDANG MAS

BUJANG KULUB

No comments: