Thursday, June 5, 2008

ROH PERUT

PEMILIHAN Datuk Bakar Taib sebagai calon Parlimen Langkawi dengan mengenepikan saingannya Dato’ Mukhriz Mahathir memperlihat sikap yang tidak matang atau kedunguan yang merugikan banyak pihak. Ramai yang menunding jari kepada Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah dan Pak Lah.

Bila Kedah tewas kepada PAS, PKR dan DAP sehingga kepada Dato’ Seri Mahadzir Khalid sendiri tersingkir dari menduduki Wisma Darul Aman, orang boleh mengandai itu adalah anugerah atau bala-san di atas kejahilan menilai antara sekam manikam.

Dari utara Perlis sehingga ke selatan Johor desakan agar Pak Lah berundur datang dari segenap arah.

Perkembangan itu menunjukan suasana tidak senang dikalangan rakyat, seakan sudah tidak dapat dikawal disekat.

Begitu bagi PULAU LANGKAWI, dimana penghuninya dari segenap teluk selatnya bercakap tentang Datuk Bakar Taib. Keupayaannya menerajui UMNO Bahagian Langkawi dan perkhidmatannya sebagai wakil rakyat Parlimen Langkawi dalam keadaan dirinya uzur kerana tua dan sakit dipersoal. Bermodalkan ANAK TEMPATAN saja dirasa tidak cukup.

Sebetulnya Dato’ Bakar Taib pernah diserang angin ahmar,tertekan perasaan dari musibah kehilangan seseorang disayangi dari kalan-gan keluarga terdekatnya.

TUA, UZUR dan TERTEKAN PERASAAN menyumbang kepada dirinya jadi SAKIT. Sakit (kemungkinan terangkom dalam pemurungan) itulah membuat dirinya tidak keruan sehingga dilihat terkeluar dari sempadan minda normal lalu berhempas pulas, redah dalam cara halal haram berusaha terus mahu menjadi wakil rakyat lepas SEPENGGAL...SEPENGGAL LAGI.

Kata-kata LEPAS SEPENGGAL mahu SEPENGGAL LAGI oleh beliau terakhir ini semacam meniti dibibir penduduk Langkawi dalam sindiran melalui pantun dan seloka.

Aku teringat zaman kanak-kanak dulu. Waktu sedang bermain bersama rakan sebaya dibaruh atau tepian denai, kami bersua dengan seekor burung belatok yang tiba-tiba jatuh. Waktu belatok itu dalam keadaan lemah kami segera menangkapnya. Dengan segala belaian seorang dari kami cuba hembus pada bahagian duburnya. Biasanya selepas dubur burung terbabit masuk sedikit angin burung terbabit mengangkat ekor membuka kepak dan pulih perlahan-lahan.

Berbalik kepada Datuk Bakar Taib, semangat atau kekuatan diri beliau berada pada dorongan isterinya Datin Zaleha. Lainnya dari kalangan juak-juak sebagai tukang kipas dubur antaranya adalah Pak Hussin Ibrahim (bapa saudaranya), Encik Saifon Mustafa (MATPON), Encik Ibrahim Mat (IBRAHIM TOT) ,Encik Zainon Saidin (NON SAIDIN) dan Encik Saad Din (Datok SAAD DIN).

Semasa berucap melalui perjumpaan sambutan 62 tahun UMNO (tentunya UMNO yang sudah dikapankan dulu) di Kompleks LADA baru-baru ini beliau antara lain berkata dalam nada / sebutan putus-putus : KITA SAYANGKAN TUN TAPI KITA LEBIH SAYANGKAN PARTI.

Bagi aku itu lakonan juga. Kalau sayangkan parti eloknya kerusi yang disandangkan dilepaskan kepada orang lain yang lebih berkelayakan, kalau pula sayangkan TUN kenapa pulak tidak mengenang budinya apabila menolak anaknya dari jadi wakil rakyat Parlimen Langkawi.

Bila Datuk Bakar Taib besusah payah mahu juga menjadi Ahli Parlimen PRU 12 walaupun sudah menduduki kerusi itu lebih dari 14 tahun tanpa misi visi dan perancangan apa-apa untuk negara dan rakyat, ini boleh dilihat sangat luar biasa dan bukan amalan orang politik yang baik.

Beliau seperti menjadikan kerusi wakil rakyat barangan pusaka peninggalan keluarga dimana beliau sebagai waris tua terus keras kepala, makanya Berpijak diluar hukum, adat dan sejarah.

Beliau tiada roh bangsa, negara, budaya dan agama. Yang ada hanya ROH PERUT.

BUJANG KULUB

3 comments:

Anonymous said...

SAD BUT TRUE!!!!!!

Anonymous said...

Nak buat macam mana.... dah nasib ada pemimpin yang dipimpin macam Gus Dur.

Anonymous said...

DATO BAKAR ADALAH CALUN TERBAIK UMNO PD PR12 KALAU BAGI NAWAWI TENTU PKR DAN RAKYAT LANGKAWI TOLAK PUNYA