Tuesday, June 10, 2008

KERIS !! OH KERIS

Sepatah kata Tan Sri Prof Emeritius Ismail Hussin : Perhimpunan membabitkan lebih 200 NGO di Johor Bharu, 2hb dan 3hb Mei di-laksana atas rasa tanggungjawab bagi memgembali perpaduan Melayu.

Segala ini mungkin selepas melihat kesan PRU 12. Berdasar pen-gakuan beliau, gagasan untuk mengadakan kongres itu bermula akhir Mac lalu di rumah GAPENA KL, selepas melihat secara lang-sung kesan keputusan PRU 12 mencetus banyak dilema dikalangan orang melayu (Berita Harian. Sabtu , Mei 2008).

PERSOALAN :

Selama tempoh 50 tahun, melalui 11 kali PRU dimana pembangkang tewas, ahli dan pengikutnya dinafi hak bersuara, berhimpun secara aman dan diperlaku sewenang sehingga ada yang terpenjara. Tan Sri ketika itu mulut seperti tersumbat, rumah GAPENA berkunci rapat. Hanya apabila sekali sahaja BN tidak selesa kerana undi merosot dan tewas dilima buah negeri (Kedah, Perak, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan) Tan Sri tidak semena bingkas bangun dari pertapaan panjang lalu bersuara lantang. Cuba-cuba kononnya men-jadi jagoan pembela melayu.

Bertemankan beberapa kerat penyokong purba UMNO, Tan Sri dan pengikut yang buta matakepala dan matahati berkokok menggam-barkan kepada rakyat umum seperti UMNO ITU MELAYU dan MELAYU ITU ADALAH UMNO. Tumbang UMNO tersungkur me-layu, hilang UMNO lenyaplah melayu.

Di sini aku lihat kebimbangan saudara Azizi Hj Abdullah mungkin ada kebenaran. GAPENA sekadar dijadikan alat.

Tan Sri menjadi pelengkap genderang perang politik pemimpin UMNO untuk terus dengan retorik ketuanan melayu dalam meraih simpati orang melayu sebagai usaha untuk terus berkuasa.

Kebimbangan GAPENA tentang perpecahan melayu adalah kebimbangan UMNO berhadapan kebangkitan rakyat yang menjadi penghalang pemimpinnya terus menerus merampas hak yang menjadi habuan rakyat.

Ketuanan melayu seperti jenama dari produk UMNO yang perlu pada pengiklanan terus dalam membeli hati pengundi melayu yang berterangan sudah mulai muak.


MEMOHON MAAF

Sementara itu Datuk Sri Hishammudin Husin tidak semena ‘ memohon maaf ’ kepada bukan melayu dalam isu menghunus dan mencium keris pada Perhimpunan UMNO 2005 dan 2006 lalu. Alasan kemungkinan hakikat keadaan itu menjadi faktor menjejas prestasi BN dalam PRU 2008.

Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang sinonim dengan ungkapan keramatnya ‘LANGKAH MAYAT DULU‘ rupanya sudah betul-betul jadi mayat disaat ajal belum pun tiba.

Dalam hubungan ini kaki pengampu tidak menganggap ketuanya telah berlutut sebaliknya mengakui ini sebagai kewajaran bertepatan dengan konsep setiakawan . Wah!..Wah!

KERIS adalah senjata pendek melayu, digunapakai oleh orang melayu sejak 600 tahun dulu.

Keris juga menjadi lambang kesatriaan. Keris melayu terbentuk dalam kepelbagaian bahan, miliki fungsi harga jatidiri, kuasa, kesak-tian, boleh membawa manfaat atau mudarat kepada pemiliknya.

Keris terpeteri daripada berjenis besi dengan sarung ukiran halus berbagai rupa mengikut kesesuaian guna oleh sukuan bangsa di segenap daerah rantau Nusantara.

HUNUS DAN KUCUP KERIS adalah budaya. Tanda setia, amanah menerima perintah atau melaksana tanggungjawab.

Keris milik Taming Sari tiada serasian, selepas jatuh ketangan Laksamana Hang Tuah, perajurit Jawa itu terbunuh.

Ternyata kini KERIS PANCA WARISAN yang baru 2 tahun dilangir
tidak tuah kepada bukan saja pemuda tetapi juga UMNO apabila kerananya diperlaku membawa musibah kepada UMNO dalam PRU 12.

Keris sebagai harta peninggalan sejarah sepatutnya tidak disalah tafsir.

Ingatan buat pemuda UMNO, keris tidak boleh dipermudah dengan sebarang orang boleh memakainya melainkan yang betul-betul berdarah melayu, memahami falasafah keris dalam tradisi, mengutama etika dalam pemeliharaannya.

Perhimpunan Pemuda UMNO depan, tentunya akan hilang serinya apabila tiada peragaan keris dihunus dan dikucup. Kerananya elok sangat KERIS PANCA WARISAN BERPINDAH TANGAN.

Calon cadangan Datuk Najib tentunya EZAM, calon pilihan Pak Lah pastinya KHAIRI, aku dan rakan-rakan tetap memilih MUKHRIZ.

Pun macamana sebelum turun ke gelanggang aku ingatkan Ezam Md Noor: Baki kotak-kotak pengisian maklumat salahlaku pemimpin yang disimpannya eloknya dibuka dahulu. Kalau tidak bersedia kandungannya diserah kepada Penyiasatan BPR kerana salah men-dedah rahsia rasmi kerajaan, eloknya minta izin ditanam di Pulau Batu Putih, sekadar untuk kenangan. Kotak-kotak (tong)nya hadiah sahaja pada Datuk Firdaus untuk ditendang-tendang ganti bola, dulukan dia pernah tendang tong.



BUJANG KULUB

Sebagai cubaan kepada Tan Sri salah seorang diantara ketua GAPENA atau pun Dato’ Mukhriz Mahathir. Dato’ Mukhriz mempertikai kewibawaan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk jadi PM. Bujang lulusan sekolah atap sekadar tumpang sekaki :

- Bersekongkol dengan pembunuh kalau belum lagi membunuh tidak boleh disabitkan sebagai PEMBUNUH (rujuk dalam kes Altantuya Sharibu).

- Tidak adil mencurigai seseorang yang zahirnya baik hanya kerana disokong oleh seseorang penjahat.

- Cakapan Dato’ …

Parti pembangkang tidak perlu masuk campur atau menjaga tepi kain UMNO kerana ahli UMNO tahu menguruskan parti sendiri.

Kita tahu ahli UMNO bijak mengurusnya. Manusia biasa tidak terkecuali dari kelemahan dan mungkin boleh menbuat kesilapan. Kesilapan dari bodoh sombong itu mampu menjadikan bahtera maksudnya negara tersasar dan pecah. Sedang orang pembangkang juga ada dalamnya yang pasti ikut menjadi mangsa.


Thursday, June 5, 2008

ROH PERUT

PEMILIHAN Datuk Bakar Taib sebagai calon Parlimen Langkawi dengan mengenepikan saingannya Dato’ Mukhriz Mahathir memperlihat sikap yang tidak matang atau kedunguan yang merugikan banyak pihak. Ramai yang menunding jari kepada Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah dan Pak Lah.

Bila Kedah tewas kepada PAS, PKR dan DAP sehingga kepada Dato’ Seri Mahadzir Khalid sendiri tersingkir dari menduduki Wisma Darul Aman, orang boleh mengandai itu adalah anugerah atau bala-san di atas kejahilan menilai antara sekam manikam.

Dari utara Perlis sehingga ke selatan Johor desakan agar Pak Lah berundur datang dari segenap arah.

Perkembangan itu menunjukan suasana tidak senang dikalangan rakyat, seakan sudah tidak dapat dikawal disekat.

Begitu bagi PULAU LANGKAWI, dimana penghuninya dari segenap teluk selatnya bercakap tentang Datuk Bakar Taib. Keupayaannya menerajui UMNO Bahagian Langkawi dan perkhidmatannya sebagai wakil rakyat Parlimen Langkawi dalam keadaan dirinya uzur kerana tua dan sakit dipersoal. Bermodalkan ANAK TEMPATAN saja dirasa tidak cukup.

Sebetulnya Dato’ Bakar Taib pernah diserang angin ahmar,tertekan perasaan dari musibah kehilangan seseorang disayangi dari kalan-gan keluarga terdekatnya.

TUA, UZUR dan TERTEKAN PERASAAN menyumbang kepada dirinya jadi SAKIT. Sakit (kemungkinan terangkom dalam pemurungan) itulah membuat dirinya tidak keruan sehingga dilihat terkeluar dari sempadan minda normal lalu berhempas pulas, redah dalam cara halal haram berusaha terus mahu menjadi wakil rakyat lepas SEPENGGAL...SEPENGGAL LAGI.

Kata-kata LEPAS SEPENGGAL mahu SEPENGGAL LAGI oleh beliau terakhir ini semacam meniti dibibir penduduk Langkawi dalam sindiran melalui pantun dan seloka.

Aku teringat zaman kanak-kanak dulu. Waktu sedang bermain bersama rakan sebaya dibaruh atau tepian denai, kami bersua dengan seekor burung belatok yang tiba-tiba jatuh. Waktu belatok itu dalam keadaan lemah kami segera menangkapnya. Dengan segala belaian seorang dari kami cuba hembus pada bahagian duburnya. Biasanya selepas dubur burung terbabit masuk sedikit angin burung terbabit mengangkat ekor membuka kepak dan pulih perlahan-lahan.

Berbalik kepada Datuk Bakar Taib, semangat atau kekuatan diri beliau berada pada dorongan isterinya Datin Zaleha. Lainnya dari kalangan juak-juak sebagai tukang kipas dubur antaranya adalah Pak Hussin Ibrahim (bapa saudaranya), Encik Saifon Mustafa (MATPON), Encik Ibrahim Mat (IBRAHIM TOT) ,Encik Zainon Saidin (NON SAIDIN) dan Encik Saad Din (Datok SAAD DIN).

Semasa berucap melalui perjumpaan sambutan 62 tahun UMNO (tentunya UMNO yang sudah dikapankan dulu) di Kompleks LADA baru-baru ini beliau antara lain berkata dalam nada / sebutan putus-putus : KITA SAYANGKAN TUN TAPI KITA LEBIH SAYANGKAN PARTI.

Bagi aku itu lakonan juga. Kalau sayangkan parti eloknya kerusi yang disandangkan dilepaskan kepada orang lain yang lebih berkelayakan, kalau pula sayangkan TUN kenapa pulak tidak mengenang budinya apabila menolak anaknya dari jadi wakil rakyat Parlimen Langkawi.

Bila Datuk Bakar Taib besusah payah mahu juga menjadi Ahli Parlimen PRU 12 walaupun sudah menduduki kerusi itu lebih dari 14 tahun tanpa misi visi dan perancangan apa-apa untuk negara dan rakyat, ini boleh dilihat sangat luar biasa dan bukan amalan orang politik yang baik.

Beliau seperti menjadikan kerusi wakil rakyat barangan pusaka peninggalan keluarga dimana beliau sebagai waris tua terus keras kepala, makanya Berpijak diluar hukum, adat dan sejarah.

Beliau tiada roh bangsa, negara, budaya dan agama. Yang ada hanya ROH PERUT.

BUJANG KULUB

GONDANG MAS

Sesi PARLIMEN pertama 2008 kecoh. Telatah dan aksi ahli-ahlinya benar-benar membuat khalayak melalui TV1 tersentak. Wakil rakyat Bukit Gelugur Karpal Singh pembuka tirai memecah suasana dengan memanggil Big foot kepada wakil Kinabatangan Bung Mokhtar Radin.

Kamera TV langsung tidak fokus kepada Datuk Bakar Taib Ahli Parlimen Langkawi kerananya aku tidak tahu kelibatnya. Mungkin beliau ada pada kerusinya tersengih menanti masa untuk bertepuk tangan.

Seketika lain Datuk Ibrahim Ali BEBAS Pasir Mas mencelah mem-pertikai Karpal kerana tidak berdiri waktu berucap dan minta izin kepada speaker untuk duduk apabila tidak boleh berdiri.

Seperti biasa Karpal pantang mengalah, terus berhujah dalam lingkaran peraturan dan perlembagaan.

Di sini aku dapat sikit pelajaran dan cuba menasihati Pak Lah juga Dato’ Mahadzir Khalid: Pintu Parlimen lebih terbuka untuk semua rakyat termasuk yang cacat kaki tetapi tidak kepada yang sakit gusi.

Sekalipun bagaimana aku berbangga dengan Karpal, paling tidak kerana hadirnya ke Parlimen melalui tiket halal dari parti pegangannya DAP. Sebaliknya ada orang lain masuk ke Parlimen dengan meminjam kaki orang lain, bernafas ikut hidung orang lain, maka jadilah ianya seperti umang-umang (sejenis hidupan pantai laut) menumpang hidup dalam kulit gondang.

Dia yang aku maksudkan mungkin sudah buang tabiat MELOMPAT, kerananya elok dipanggil GONDANG MAS

BUJANG KULUB