Tuesday, February 12, 2008

KERBAU TINDIK HIDUNG (KTH)

Pagi 10hb Februari 2008, jam kira-kira 11.20 pagi, ada telepon masuk. Sahabat dari Kubang Pasu beritahu ‘beli Utusan Malaysia’ hari ini.

Aku bergegas ke Kuah. Setelah menatapnya, memang betul ‘saya akur keputusan pucuk pimpinan’ kata Datuk Bakar.

DATUK BAKAR BERSANDIWARA

Hari sama berbagai laporan dari berbagai sumber aku terima.

Orang-orang Datuk Bakar dikalangan pengurusan Pejabat UMNO Bahagian Langkawi terus dengan usaha mendapatkan tandatangan dari ketua-ketua cawangan UMNO untuk disampaikan kepada Pak Lah merayu mintak Datuk Bakar diterima lagi menjadi calon Bahagian Langkawi.

Melibatkan kakitangan pejabat UMNO Bahagian dalam kerja untuk kepentingan peribadi penerajuan UMNO adalah satu pelanggaran tatasusila yang juga boleh dilabel pelacuran peradaban politik yang sepatutnya sihat.

Pada pengamatan aku, Datuk Bakar tidak ikhlas. CAKAP PAGI TIDAK BOLEH DIBAWA KE PETANG. Elok cakapnya tidak keluar ikut mulut tapi terbit dari lubang jubur.

Kepada wartawan MM, beliau juga hebahkan kepada orang ramai tentang keikhlasan dan kematangan politik, sedang sebaliknya adalah tidak.

Datuk Bakar sering sebut tentang anak tempatan, tetapi sampai disaah (meruncing) menjelang PR12, tiada satu nama pelapis dari UMNO Bahagian Langkawi disebut untuk ditonjolkan.Saudara Manap Hussin yang menduduki hiraki ke-3 UMNO Bahagian (Naib Ketua) yang melahirkan minat bertanding DUN langsung tidak disebut. Saudara Saad Din apa lagi. Nama-nama seperti Encik Hashim Saad, Ibrahim Bin Mat, Encik Saiful Mustafa tersenarai dalam kategori khadam saja.

Hadir rumah kenduri, rasmi pesta wau/pertandingan bolasepak/kacau bubur asyura tidak menjurus mengangkat label pemimpin abad ini.

Datuk Bakar dikatakan bela sekawan lembu di Pokok Sena, Padang Terap. Kita tenggelam bau taik lembu seekor diberi kerajaan melaluinya tidak sampai boleh menjadikan kita (ahli ) jadi seperti lembu yang dipaksa bergerak dalam lingkungan kandang, mengikut tali tertindik pada hidungnya.

Kasim_selamat

Kalau kesian Datuk Bakar eloklah tidak mengangkatnya lagi. Dia tu tak sihat malah semerabut nanti hang pun ikut sasau

( KTH judul syair SITI ZALEHA)

Bujang Kulub

6 comments:

Anonymous said...

Datuk Bakar ni bukan saja cakap pagi tak boleh dibawa ke petang, tapi cakap apa pun diri sendiri tak dengar.

Anonymous said...

bersatulah wahai orang melayu. jangan buang masa bertelagah sesama sendiri. malulah pada bangsa lain.

Anonymous said...

Salam untuk pembaca Teropong Langkawi...

Melayu akan marah sekiranya dikatakan tidak bersatu. Melayu akan marah sekiranya dikatakan malas dan Melayu akan marah sekiranya dikatakan tidak memperjuangkan nasib orang melayu.

Tetapi hakikatnya sekarang, orang Melayu mengalami semua sindrom yg di atas. Tiada lagi semangat permaufakatan, tidak boleh duduk berbincang. Tiada semangat bersatu padu.

Hanya semangat ingin menjaga kepentingan peribadi sahaja, jauh menyimpang dari objective asal penubuhan UMNO.

Perpecahan bangsa Melayu bukan disebabkan faktor luaran tetapi kerana ada sikap penting diri sendiri dan tikam-menikam dari belakang. Malangnya, perkara ini tidak dilihat oleh kita samada kerana sengaja membutakan mata atau memang Melayu buta.

Saya pun terasa malu dengan gelagat Melayu yg asyik bertelagah sesama sendiri sedangkan bangsa lain "menjajah" tanpa disedari.

Penjajahan sekarang bukan menggunakan kekuatan tulang empat kerat, tetapi menggunakan senjata ekonomi.

Bayangkan, berapa ramai bangsa lain yang mengawal ekonomi di Langkawi? Feri, kargo, barangan runcit dan lain-lain.

Itu belum masuk kakitangan KERAjaan yang telah dicucuk hidung oleh mereka?

Renung-renungkan.............

-Honda Kapcai Jer-

Anonymous said...

Masnawi..

kenapa? adakah nabi mohd s.a.w petah bercakap waktu zaman perkembangan islam dahulu. sedangkan nabi s.a.w tidak tahu membaca & menulis. adakah hina dato bakar hanya kerana itu?.. tidak ada modal lainkan saudara utk menghentam dato' bakaq? cuba tanya penduduk langkawi .. beri senarai nama calon.. tanya mereka siapa yg mereka pilih..

calon parlimen @ adun @ pemimpin @ khalifah adalah amanah Allah.. bukan main2 saudara..

atau mungkin saudara sendiri yg inginkan kerusi2 itu..

fikir2kan

anak langkawi

Anonymous said...

Wahai Para Pembaca

Dalam dok kalut melobi agar calon kegemaran masing-masing naik, akan terdengarlah pelbagai cerita yang baik dan tak baik berkenaan calon-calon berkenaan.

Kem Dato' Bakar akan citer yg tak elok pasal Mukriz. Kem Mukriz pulak akan citer yg tak baik pasal Dato' Bakar.

Lama-lama habis keluar semua pekung di dada tentang keburukan bakal pemimpin UMNO yang sekali gus akan menyebabkan pengundi transformasi beralih kepada pembangkang. Saya yang rugi???

Bagi saya bukan kem Dato' Bakar atau Kem Mukriz yang rugi, yang rugi adalah ahli UMNO dan semestinya bangsa Melayu di Langkawi secara keseluruhannya.

Yang jadi masalah dia sekarang adalah para pemimpin peringkat bahagian yang dok kalut lobi calon masing-masing (kerana MUNGKIN terdapat kepentingan peribadi & kroni.

Ahli UMNO lain ibarat keldai kayu tak didengar pendapat mereka. Dalam erti kata yang lain, ahli biasa ni hanya macai yang boleh diperbodohkan dan hanya dikenali setiap kali pilihanraya.

Ayuh wahai ahli UMNO Langkawi... Sedarlah bahawa anak Langkawi dah merempat di bumi lagenda ini. Tidak mustahil anak melayu akan hanya menjadi lagenda di tanah lagenda ini kerana mereka hanya mengemis di bumi sendiri.

TUKAR AJE KESEMUA KEPIMPINAN UMNO BAHAGIAN LANGKAWI LEPAS PILIHANRAYA NANTI....

Ahli Di Keda..

Anonymous said...

Setuju sangat-sangat dengan Ahli di Keda. Tukar semua AJK Bahagian Langkawi. Apa sangat yang mereka buat selama ini untuk memartabatkan Melayu Langkawi.