Wednesday, February 13, 2008

Seketika...WAWANCARA BUJANG KULUB DENGAN ANAK MANTAN PM (MUKHRIZ).

Tempat di ANJUNG SERAI, Airport Langkawi pada 6hb Februari 2008 jam 3.10 petang.

BK:

Assalamualikum, Datuk !

DM:

Waalaikumussalam. Duduklah.

BK:

Dulu datang. Hari ini jumpa lagi, kerap nampak.

DM:

Bapa tidak pernah lupa Pulau Langkawi, kini dia kurang sihat. Saya perlu selalu datang untuk membawa khabaran kesukaannya. Tentunya tentang perkembangan pembangunan Langkawi. Lagi pula ada orang jemput jumpa veteran UMNO Langkawi.

BK:

Kenapa cepat sangat hendak balik?

DM:

Besok ke Gaza.

BK:

Ya.Saya tahu Datuk Penyelaras AMAN Malaysia (AM). Apa di Langkawi ada cawangan AM?

DM:

Belum.

BK:

Tapi bagaimana disini ada PENGERUSI AM ?.

(terbayang sahabatku penggemar angka 77, macam Pak Lah dengan angka 13)

DM:

Belum ada cadangan. Apakah sahabat kamu, maksudnya PENGERUSI itu mahu ikut berperang di Palestin.

BK:

Dia selalu berperang. Orang kahwin dua biasalah Datuk.

(kami sama-sama ketawa)

Apakah Datuk bersedia jadi calon PR12?

DM:

Apakah saya ini layak ?

BK:

Yang kurang sihat tua lagi….itupun masih mahu dan menganggap dirinya layak. Datuk masih muda.

DM:

Selain kerana muda, apa kayu pengukur kamu tentang kelayakan saya ?

BK:

Datuk sihat. Boleh bercakap dan difahami cakapnya. Dikenali ramai. Dalam dan luar Negara. Anak mantan PM, siapa yang tidak kenal dengan Dr M selama 20 tahun jadi Presiden UMNO dan pemimpin Negara.

………ayam sabung sebelum turun ke gelanggang pun orang nilai pada benihnya, tilik pada sisik serta tajinya. PARLIMEN adalah juga gelanggang tempat penggubalan dasar, perdebatan berkaitan undang-undang dan perlembagaan.

DM:

Boleh saya tau nama abang?

BK:

Panggil saja Bujang. Penuhnya Bujang Kulub. Tinggal di Kg Bohor Cantik, Anak ada empat orang dengan isteri pertama, Isteri kedua keguguran, isteri terbaru belum ada habuan. Cucu 10.

DM:

Hebat !

BK:

AIR GAMAT MADU LEBAH

TAK PENAT DEPA REBAH…..LONGLAI...

BARU CAI…..

DM:

(ketawa)

BK:

Datuk serius jadi calon pilihanraya nanti?

DM:

Kalau diperkenan kepimpinan atasan.

BK:

Kawasan pilihan?

DM:

Tentunya Parlimen Langkawi. Kamu suka?

BK:

Ia ! mudahan Datuk setelah jadi YB dapat menyambung usaha Tun membantu Langkawi ketahap pusat pelancongan bertaraf dunia. Dapat awa masuk pelabur untuk pertingkat ekonomi, menghapus Kemiskinan Tegar.

DM:

Isu anak tempatan apakah tidak dibangkitkan ?


BK:

Datuk lahir di Alor Setar, dalam Malaysia yang bukan dari planet berlainan. Depa yang dah jadi WR Langkawi anak tempatan kebanyakan tinggal di tanah besar Semenanjung, balik sesekali itu pun ada yang bermalam di hotel. Yang dalam usaha menjadi calon sudah sedia DAPUR tambahan di sana.

Datuk dapat restu Dr M ?

DM:

Sepermainan. Saya bermain di padangnya.

BK:

Datuk Bakar Taib nampak sangat kecewa.

DM:

Saya menghormatinya tapi lebih menyayangi Pulau Langkawi dan penghuninya.

BK:

Ada apa-apa perancangan Datuk untuk esok kalau sudah memenangi PR ?

DM:

Menyambung usaha bapak yang kelihatan semacam terbantut sekarang. Lainnya terpaksa lihat keperluan dulu. Dulukan yang dulu.

BK:

Bagaimana mengenai Rumah UMNO Bahagian Langkawi ?

DM:

Doakan agar saya terpilih menjadi calon, memenangi PR. Perkara Rumah UMNO akan diberi perhatian, ingatkan saya selalu tentang ini. Kita insan yang tidak lekang sifat lupa.

Kerana itu dulu bapak tampil mengecam sifat melayu yang mudah pelupa, tidak belajar dari sejarah, akibatnya masa depan orang kita rapuh.

BK:

Ada yang memanipulasi lupa. Dulu kata SEPENGGAL LAGI, sekarang mahu pula SEPENGGAL LAGI…ini namanya lupa yang dibuat-buat semata untuk kaut keuntungan diri tanpa memikirkan orang lain yang juga mahu hidup.

Berjanji mesti mengotakan janji. Kerbau dipegang talinya orang dipegang cakapnya.

DM:

Cukup setakat ini, kita jumpa lain kali….tidak elok banyak berangan-angan.

( Selepas bersalaman, kami turun bebas mengikut arah sendiri-sendiri. Aku terserempak dengan seorang pengusaha bot sewa (PBS )

PBS:

Abang hantar Datuk Mukhriz ?

BK:

Kebetulan. Aku tanya sesuatu padanya. Apa dia jadi untuk ambil calon Parlimen Langkawi ? Jawabnya bila semua orang sedia menerima dan sedia memberi kerjasama.

PBS:

Bagus. Dan apa-apa lagi ……..

BK:

Dia aku lihat sangat berpegang pada prinsip. Tidak langsung mengharapkan sokongan atau campurtangan bapak serta ibunya untuk lobi. Perkara jadi calon katanya terserah kepada pucuk pimpinan bagi menilai kelayakan atau kemampuannya untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat.

Di saat perpisahan, dia sempat berbisik ‘KITA MERENCANA, ALLAH MENENTUKAN’.


BUJANG KULUB

2 comments:

Anonymous said...

Salam untuk semua pembaca Teropong Langkawi

Maka gendang dan semboyan pilihan raya semakin hampir. Ramai kepimpinan tersembunyi kini keluar dari kepompong mereka. Wartawan dan mereka yang mampu menyiarkan mungkin dapat merasa limau Mandarin yang akan di bekalkan setelah penat menyiarkan dan menemu duga kepimpinan yang selama ini bersembunyi dan sepi dari kawasan. Hari ini mereka datang semula, ibarat hujan yang akan membasahi kemarau sekian lama wujud di kawasan itu. Hari ini mereka akan datang tersenyum riang membawa janji, membawa mimpi baru dan berceloteh mengenai apa yang mereka lakukan sepanjang mereka memimpin. Ada yang mendabik dada mengatakan bahawa usaha mereka kini sudah membuahkan hasil kerana jalan akan diturap, elektrik akan sampai, benih-benih subsidi akan tersebar luas. Waktu inilah subsidi penting. Waktu ini juga pembangunan menjadi keutamaan, rakyat menjadi tetamu istimewa kepada ahli-ahli yang menjadi pilihan rakyat untuk memimpin. Namun apakah benar hujan sehari terhapus kemarau setahun?

Setakat ini, itulah azimat pegangan mereka. Anggota pilihan rakyat ini percaya hujan yang akan datang sewaktu pilihan raya ini adalah rahmat untuk mereka dan akan menjadi penebus dosa antara mereka dengan rakyat. Hari ini mereka hadir semula, rakyat melihat mereka semula sambil mereka berjanji akan meneruskan mimpi penduduk setempat untuk sekurang-kurang 5 tahun lagi. Begitu seterusnya senario yang akan dilakukan. Rakyat terus menjadi tetamu istimewa sekurang-kurang 5 tahun sekali.

Sungguhpun bukan semua mereka yang yang bersembunyi setelah memegang gelaran pilihan rakyat tetapi kehadiran mereka yang muncul hanya pada zaman pilihan raya adalah kepimpinan hipokrit yang sepatutnya tidak diberi tempat. Mereka harus ditolak jauh atas dosa melanggar amanat yang sepatutnya mereka tanggung. Ini perlu dilakukan dan sekiranya kepimpinan negeri, hatta YAB Perdana Menteri Malaysia memberi watikah untuk memilih semula pemimpin hipokrit ini untuk dicalonkan semula sebagai wakil pilihan rakyat maka RAKYAT perlu menjadi hakim.

Rakyat Malaysia perlu menjadi hakim yang bijak dalam masa kita menjadi tetamu istimewa kepimpinan yang mahu terus menjadi wakil pilihan rakyat. Kita harus meneliti sejauh mana wakil pilihan rakyat ini mampu menjadi pelindung kepada kita. Kita mahu tahu sejauh mana mereka mahu menegakkan agenda rakyat kawasannya dan sejauh mana mereka berusaha membantu. Andai kita tidak tahu mengukur maka wakil pilihan rakyat yang akan hadir selepas ini adalah kepimpinan yang akan hilang sehingga pilihan raya yang akan datang untuk menebus kemarau 5 tahun tersebut. Adakah itu yang kita mahu?

Walau sesiapa pun yang menjadi calon, kalau kita mudah lupa hanya kerana hujan sehari dalam masa 5 tahun, makanya kitalah manusia yang tiada pendirian, lebih murah dari Mini-Hadyai di Top-10 atau dekat Nagoya Hotel.

Maka rakyat pada waktu ini akan menjadi tetamu istimewa pada rumah mereka sendiri sekiranya mereka tetap dengan konsep hilang kemarau 5 tahun akibat hujan sehari. Tepuk dada tanya selera

-Honda Kapcai Jer-

Anonymous said...

Honda kapcai..

cantik & berisi nukilan saudara..

kita tgk dan lihat saf calon uMNO tahun ini.. dari situ kita akan tahu masihkan UMNO relevan utk memperjuangankan melayu & ISLAM amnya... atau adakan UMNO langkawi sama dgn UMNO2 bahagian yg lain telah tercemar wadah perjuangannya..

anak langkawi ...